Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian mata pastikan tahap daya penglihatan juruterbang RSAF kekal baik

Feb 5, 2024 | 5:30 AM
Kakitangan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menjalankan demonstrasi penggunaan alat gogal penglihatan malam dalam bilik Sistem Latihan Penglihatan Malam di atas Papan Rupa Bumi. Juruterbang RSAF memanfaatkan bilik ini untuk menyesuaikan kakitangan mereka dengan keadaan penglihatan pada waktu malam.
Kakitangan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menjalankan demonstrasi penggunaan alat gogal penglihatan malam dalam bilik Sistem Latihan Penglihatan Malam di atas Papan Rupa Bumi. Juruterbang RSAF memanfaatkan bilik ini untuk menyesuaikan kakitangan mereka dengan keadaan penglihatan pada waktu malam. - Foto ST

Penglihatan yang baik amat penting demi memastikan keselamatan anggota kakitangan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Justeru, RSAF akan menghantar kakitangan mereka untuk menjalani pemeriksaan mata setiap tahun.

Dalam satu taklimat media yang diadakan oleh RSAF pada 26 Januari, RSAF memaparkan beberapa ujian mata yang perlu dilalui kakitangan mereka bagi memastikan daya penglihatan mereka kekal di tahap yang baik.

Salah satu ujian yang ditunjukkan kepada pihak media adalah ujian ‘Cone Contrast’ untuk memastikan kakitangan mereka tidak rabun warna.

Ujian tersebut dijalankan menggunakan komputer, memancarkan beberapa huruf berwarna dan mengurangkan tahap kontras untuk menguji penglihatan warna merah, hijau dan biru bagi juruterbang mereka.

Para juruterbang dapat melihat tahap daya penglihatan warna mereka di akhir ujian itu.

Juling mata pula diuji menggunakan alat ‘Maddox Wing’, alat yang digunakan untuk mengukur tahap juling mata juruterbang.

Juling mata yang ketara boleh menjejaskan keupayaan mata untuk menggabungkan imej dari setiap mata, menyebabkan penglihatan berganda atau kabur.

Alat ‘Slit Lamp’ juga digunakan untuk melihat dengan teliti mata seseorang demi mencari tanda-tanda sebarang penyakit mata yang berpotensi untuk menjejaskan fungsi penglihatan.

Sistem Latihan Penglihatan Malam di atas Papan Rupa Bumi juga ditunjukkan kepada pihak media.

Sistem ini mempunyai beberapa peranan – pertama adalah untuk menyesuaikan penglihatan juruterbang kepada keadaan malam.

Kedua adalah untuk menyedarkan peserta tentang kekurangan gogal penglihatan malam dan bagaimana untuk mengatasi kekurangan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg