Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umat Islam S’pura tunai solat tarawih, sinari malam pertama Ramadan

Mar 1, 2025 | 9:05 PM
Ratusan jemaah memenuhi ruang solat Masjid Al-Istighfar untuk menunaikan solat tarawih pada 1 Mac dalam memeriahkan malam pertama bulan Ramadan.
Ratusan jemaah memenuhi ruang solat Masjid Al-Istighfar untuk menunaikan solat tarawih pada 1 Mac dalam memeriahkan malam pertama bulan Ramadan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan 1446 Hijrah pada 28 Februari, masyarakat Islam Singapura berpusu-pusu ke masjid merata Singapura pada malam 1 Mac untuk menunaikan solat tarawih dalam menyambut bulan yang mulia itu.

Salah satu daripada 70 masjid yang menyediakan ruang solat tarawih ialah Masjid Al-Istighfar, dengan ratusan jemaah memenuhi dewan solat, dengan kesemua tiga tingkat dibuka bagi menampung jemaah.

Sambil menyambut ketibaan bulan Ramadan, Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Istighfar, Encik Mohamed Imran Omar, berkongsi kepada Berita Harian (BH) bahawa masjid tersebut telah membuat persiapan rapi bagi memastikan pengalaman yang selesa buat jemaah.

“Pada malam pertama solat tarawih ini, kami berbesar hati mengagihkan buku nota amalan SalamSG Ramadan yang mengandungi panduan 30 amalan mudah untuk memperkayakan pengalaman kerohanian di bulan yang mulia ini, selain menggalak jemaah untuk mengikuti saluran Whatsapp SalamSG kami,” kongsi Encik Imran.

Ini termasuk menganjurkan sesi tazkirah harian, mengagihkan bubur masjid selepas solat Asar, serta menganjurkan solat qiyamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.

Untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan, mereka akan memperkenalkan saluran podcast @TheTalkingDome yang boleh diikuti di platform media sosial, yang membawakan pelbagai topik menarik berkaitan ibadah dan panduan kehidupan di bulan Ramadan.

“Marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadan dengan penuh keberkatan di masjid tercinta kita ini. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama,” ujar Encik Imran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg