Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Untung bersih CAG cecah $431j

Jun 6, 2024 | 8:26 PM
Pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi mencapai 62.5 juta bagi seluruh tahun yang berakhir pada 31 Mac.
Pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi mencapai 62.5 juta bagi seluruh tahun yang berakhir pada 31 Mac. - Foto AFP

Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) mencatat keuntungan bersih $431 juta bagi seluruh tahun yang berakhir pada 31 Mac.

Ini berbanding keuntungan bersih $33 juta yang diraih bagi tempoh setahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat itu meningkat 45 peratus kepada $2.7 bilion, daripada $1.9 bilion bagi tahun sebelumnya, seiring dengan pemulihan dalam permintaan perjalanan dan pertumbuhan trafik penumpang yang kukuh.

“Prestasi trafik (penumpang) yang kukuh pada suku akhir dirangsang oleh pelbagai acara utama yang dianjurkan di Singapura, dan kelonggaran keperluan visa antara China dengan Singapura,” kata CAG pada 6 Jun.

Bagaimanapun, pendapatan konsesi mencatat “pemulihan lebih perlahan” disebabkan perbelanjaan yang berkurangan akibat tekanan inflasi dan keadaan ekonomi sedunia yang tidak menentu.

Pergerakan penumpang mencapai 62.5 juta atau 91 peratus daripada paras sebelum pandemik Covid-19, manakala pergerakan trafik udara mencecah 344,000, atau 90 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat sebelum pandemik.

Ini berbanding pergerakan penumpang sebanyak 42.6 juta dan pergerakan trafik udara sebanyak 257,000 bagi tahun kewangan sebelumnya.

Perbelanjaan operasi CAG meningkat 20 peratus kepada $2.2 bilion berbanding tahun kewangan sebelumnya, sedang trafik penumpang terus meningkat dan operasi di empat terminal Lapangan Terbang Changi pulih sepenuhnya.

Terminal 2 dibuka semula sepenuhnya pada November 2023, selepas menjalani kerja kejuruteraan dan peluasan selama tiga setengah tahun.

Ini menjadikan Lapangan Terbang Changi berupaya mengendali sehingga 90 juta penumpang setahun, kata CAG.

“Walaupun prospek penerbangan cukup cerah dan permintaan perjalanan menunjukkan trend meningkat, kami sedar bahawa industri ini beroperasi dalam persekitaran yang sangat tidak menentu dan pesat berubah.

“Untuk kekal di hadapan, Lapangan Terbang Changi akan terus melabur untuk memastikan asasnya kukuh dan ia kekal menarik sebagai sebuah hab udara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAG, Encik Lee Seow Hiang.

Ini termasuk membangun Terminal 5 yang dijangka mula dibina pada 2025, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg