Topik diikuti
Pergi ke BHkuUrutan peristiwa pembohongan Raeesah
Urutan peristiwa pembohongan Raeesah
Urutan peristiwa pembohongan Raeesah
Mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, daripada Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan (tengah), meninggalkan Mahkamah Negara pada 14 Oktober 2024. - Foto fail
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 7, 2026 | 6:19 PM
Berikut urutan peristiwa pembohongan mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, daripada Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, di Parlimen:
- 3 OGOS 2021: Cik Raeesah beritahu Parlimen pengalamannya ditemani seorang mangsa rogol ke balai polis pada 2018, dan pegawai polis yang mewawancara mangsa buat komen tidak sesuai.
- 7 OGOS: Cik Raeesah mengaku kepada Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh; penolong setiausahanya, Cik Loh Pei Ying; dan anggota WP, Encik Yudhishthra Nathan, bahawa beliau berbohong mengenai perkara itu.
- 8 OGOS: Cik Raeesah mengaku kepada Encik Pritam, dan dua pemimpin WP yang lain, Cik Sylvia Lim dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, bahawa beliau berbohong.
- OGOS – OKTOBER: Menurut Cik Lim dan Encik Faisal, mereka biarkan perkara itu kepada Encik Pritam. Cik Raeesah teruskan tugas sebagai AP.
- 3 OKTOBER: Encik Pritam temui Cik Raeesah dan nasihatnya tentang apa yang perlu dikatakan mengenai pembohongan itu.
- 4 OKTOBER: Menteri Undang-Undang (ketika itu) merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, minta Cik Raeesah beri butiran laporan kejadian rogol itu dan berkata polis tidak temui kes yang didakwanya. Cik Raeesah ulang pembohongan di Parlimen; Encik Pritam dan Cik Lim temui Cik Raeesah selepas itu.
- 12 OKTOBER: Cik Raeesah temui Encik Pritam dan Cik Lim sekali lagi.
- 29 OKTOBER: Mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP berlangsung. CEC dimaklumkan tentang pembohongan itu. CEC juga dimaklumkan tentang penjelasan peribadi Cik Raeesah. CEC berbincang dan beri saranan berkenaan kenyataan peribadi Cik Raeesah.
- 1 NOVEMBER: Cik Raeesah jelaskan di Parlimen beliau berbohong pada 3 Ogos dan 4 Oktober. Encik Pritam berkata penjelasan itu wajar dilakukan. Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, kemukakan aduan rasmi terhadap Cik Raeesah, dan minta isu itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa (COP).
- 2 NOVEMBER: Pembentukan Panel Disiplin (DP) WP.
- 29 NOVEMBER: Cik Raeesah letak jawatan sebagai AP.
- 2 DISEMBER: Sidang media WP dan hari pertama COP dengar keterangan.
- 2 DISEMBER – 22 DISEMBER: COP dengar keterangan Cik Raeesah, Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Faisal; serta pakar kesihatan mental.
- 10 FEBRUARI 2022: COP keluarkan laporan penuh dan bentangkan kepada Parlimen.
- FEBRUARI 2022: Parlimen rujuk Encik Pritam dan Encik Faisal kepada pendakwa raya.
- NOVEMBER 2022: Cik Loh dan Encik Nathan meninggalkan WP pada 2022 tetapi tidak dinyatakan bila.
- OGOS 2023: Encik Low Thia Kiang mengetahui bahawa pemimpin WP sudah mengetahui tentang pembohongan itu sejak 8 Ogos 2021.
- 19 MAC 2024: Encik Pritam didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah.
- 17 FEBRUARI 2025: Hakim sabitkan Encik Pritam atas kededua pertuduhan dan didenda maksimum $7,000 bagi setiap pertuduhan.
- 4 DISEMBER: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Encik Pritam dan kekalkan sabitannya atas kedua-dua pertuduhan.
- 28 DISEMBER: Kader WP minta satu persidangan khas diadakan.
- 3 JANUARI 2026: CEC WP umum panel disiplin akan dibentuk untuk tentukan sama ada Encik Pritam langgar perlembagaan parti.
- 14 JANUARI: Parlimen lulus usul yang menyatakan rasa kesal atas kelakuan Encik Pritam dan isytiharkan beliau tidak sesuai jadi Ketua Pembangkang. Kesemua AP WP yang hadir rakam bantahan mereka.
- 15 JANUARI: Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, lucut jawatan Encik Pritam sebagai Ketua Pembangkang.
- 30 APRIL: WP keluarkan surat teguran rasmi kepada Encik Pritam.
- 28 JUN: Supermajoriti kader undi Encik Pritam kekal sebagai Setiausaha Agung WP susulan mesyuarat khas.
- 7 JULAI: Cik Indranee, keluarkan kenyataan di Parlimen tiada tindakan susulan diambil terhadap Cik Lim dan Encik Faisal.
