Seorang budak lelaki berkeperluan khas, Allahyarham Muhammad Hairil Muhammad Effendi, 11 tahun, dilaporkan hilang pada 29 Ogos.
Mayatnya kemudian ditemui di laut Taman East Coast pada 30 Ogos malam.
Berikut ialah urutan peristiwa apa yang berlaku:
29 Ogos, 11.05 pagi: Allahyarham Hairil kali terakhir dilihat di kawasan Blok 29 Marine Crescent.
Menurut ibunya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran mereka menunjukkan dia meninggalkan rumah.
29 Ogos, 9.30 malam: Beberapa kumpulan di laman Facebook memohon maklumat orang ramai berhubung keberadaan kanak-kanak itu dan berkongsi butiran mengenainya.
Satu hantaran telah dikongsi lebih 6,100 kali hingga awal pagi 31 Ogos.
29 Ogos, 10.52 malam: Polis mengeluarkan kenyataan dan memohon maklumat orang ramai berhubung keberadaan kanak-kanak itu.
30 Ogos, 9.55 malam: Polis menerima panggilan meminta bantuan di Taman East Coast.
30 Ogos, 10.15 malam: Menurut saksi, pegawai polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba.
30 Ogos, 10.40 malam: Pegawai daripada Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF dilihat menurunkan peralatan dan bersiap untuk menyelam.
30 Ogos, 11.15 malam: Pegawai Dart mengeluarkan mayat seorang budak lelaki dari laut.
31 Ogos, 12.40 pagi: Mayat kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam van polis.
31 Ogos, 11.48 pagi: Polis memaklumkan bahawa waris Allahyarham telah mengenal pasti mayat tersebut sebagai beliau.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg