Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha cari 2 warga S’pura hilang dalam gempa bumi Taiwan diteruskan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha cari 2 warga S’pura hilang dalam gempa bumi Taiwan diteruskan

Apr 06, 2024 | 02:49 PM



Sukarelawan misi menyelamat di Taiwan sedang mencari maklumat lanjut mengenai pasangan warga Singapura yang masih hilang akibat gempa bumi yang berlaku di Hualien, Taiwan, pada 3 April, sedang usaha mencari mangsa diteruskan.

Dalam satu pos menerusi kumpulan Facebook Hualien Disaster Relief Information, pentadbir kumpulan, Encik Sunny Sandro Wang, berkata beliau sedang berusaha untuk berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga Neo Siew Choo dan Sim Hwee Kok.


Dalam satu terbitan susulan pada 6 April, Encik Wang berkongsi bahawa beliau telah dapat menghubungi kakak lelaki itu, dan sedang bekerjasama dengan beliau untuk mengetahui lebih lanjut tentang di mana pasangan itu berada semasa gempa itu melanda. 

“Kami berharap dapat mencari akaun media sosial mereka supaya kami dapat mengetahui melalui foto-foto, mesej terakhir dan lokasi mereka,” kata Encik Wang, yang menjadi sukarelawan dengan usaha bantuan gempa bumi. 


“Kami memerlukan gambar mereka yang diambil baru-baru ini, dan jika kita boleh mendapatkan pemahaman latar belakang dan kebolehan mereka, ia akan membantu penyelamat di tempat kejadian menentukan di mana mereka mungkin telah berpindah, atau apa pilihan yang mereka mungkin ambil.” 


“Jika anda telah melihat pasangan itu di suatu tempat, sila beritahu kami masa dan tarikhnya,” kata Encik Wang. 

Dalam satu kenyataan pada 6 April, agensi imigresen Taiwan berkata pihak berkuasa sedang berhubungan dengan keluarga kedua-dua rakyat Singapura itu, yang turut dilaporkan membawa pasport Australia. Difahami, keluarga dua warga Singapura itu membatalkan hasrat ke Taiwan pada 6 April kerana perlu menjaga orang tua mereka.


Bagaimanapun, butiran penerbangan dan bilangan orang yang membuat perjalanan itu belum disahkan, kata jabatan itu. Ia menambah semua bantuan yang diperlukan akan disediakan kepada pihak keluarga sebaik sahaja butiran perjalanan disahkan.


Menurut pihak berkuasa Taiwan, pasangan itu menaiki bas persiaran Taroko Gorge 310 sekitar 6.30 pagi pada 3 April.


Bas itu sampai ke destinasi yang dituju, iaitu Stesen Tianxiang pada 8 pagi, tetapi pasangan warga Singapura itu telah pun turun bas lebih awal. Namun, adalah tidak jelas di mana mereka turun, kata pihak berkuasa.   

Bas dan pemandu pada masa ini masih terperangkap di Tianxiang. Oleh kerana perkhidmatan komunikasi tidak berfungsi, pihak berkuasa tidak dapat mengambil dan mengirimkan rakaman video dalam kenderaan.   

Jabatan Polis Hualien meneruskan usaha mencari mangsa menerusi kaedah penjejakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) menggunakan telefon bijak, tetapi belum berhasil setakat ini. 

Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata pada 5 April bahawa pejabat perdagangan Singapura di Taiwan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu. Pegawai MFA juga telah berhubung dengan waris terdekat dan sedang menyediakan bantuan konsular.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >