Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha ibu Cina cari anak yang diberikan kepada keluarga Melayu berterusan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha ibu Cina cari anak yang diberikan kepada keluarga Melayu berterusan

Pembaca dari M’sia, S’pura masih hubungi BH minta butiran lanjut, kongsi pengalaman serupa
Dec 15, 2023 | 11:00 AM



Laporan akhbar ini mengenai seorang ibu Cina di Singapura mencari anak kandung yang diberikan kepada keluarga Melayu sejak ia masih bayi telah mengundang kiriman e-mel dan mesej di media sosial bertubi-tubi daripada pembaca dari Singapura dan Malaysia yang meminta butiran lanjut.

Ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi serupa.

Namun, wanita itu, Cik Lau Seok Lan, kini berusia 94 tahun masih belum berjaya menemui anaknya itu, yang lahir pada 1956 dan dijangka berusia 67 tahun pada 2023. Cik Lau juga dikenali sebagai Cik Tan, mengikut nama keluarga suaminya.

Apabila dihubungi Berita Harian (BH), Cik Jasmine Liu, cucu perempuan Cik Lau yang sedang membantu neneknya dalam pencarian itu berkata hatinya berdebar-debar setiap kali diberitahu ada orang yang ingin menghubunginya. Namun, beliau akur masih perlu terus bersabar kerana belum bertemu emak saudaranya itu.

Menurut Cik Liu, walaupun tarikh lahir ibu saudaranya diketahui pihaknya, beliau juga sedar maklumat sedemikian mudah diubah pada masa lalu.

“Saya percaya tarikh lahir dan dokumentasi zaman dulu tidak begitu tepat, ada yang telah dirombak. Ini membuat kerja (pencarian) kami lebih sulit…” katanya ketika becakap dengan BH.

Sejak akhbar ini menerbitkan kisah Cik Lau pada 11 Disember, selain menerima pertanyaan daripada penduduk di Singapura, BH juga menerima pertanyaan dari Johor, Perak dan Terengganu.


Seorang pembaca dari Perak, Cik Norlia Arshad, 37 tahun berhubung dengan wartawan baru-baru ini untuk mencari keluarga ibunya. Menurut Cik Norlia ibunya dilahirkan sekitar 1957 :

“Ibu saya berasal daripada Singapura dan dilahirkan dalam keluarga Cina, tetapi diberikan kepada keluarga Melayu. Waktu buat kad pengenalan, datuk saya gunakan sijil lahir ibu saudara saya yang lain. Jadi, tarikh lahir rasmi di kad pengenalan mungkin kurang tepat.”

Satu pertanyaan yang Cik Liu terima di akaun Facebooknya, membuatnya tertanya-tanya, kerana gambar yang dikongsikan ada iras mirip wajah neneknya. Walaupun tarikh lahirnya beza setahun, Cik Liu terbuka untuk menyiasat lebih lanjut.

“Saya bertanya kepadanya sama ada ibunya itu pernah bersekolah di Singapura, tetapi ternyata tidak, jadi saya tahu itu bukan makcik kandung saya.”

Menurut Cik Liu, keluarganya yakin ibu saudaranya pernah bersekolah di Singapura kerana neneknya pernah ‘mencuri-curi’ melihatnya semasa dia berusia sekitar 10 tahun dan menuntut di sekolah Inggeris. Namun, neneknya itu tidak berinteraksi dengan anak kandungnya kerana dilarang oleh ibu mertuanya.

Menurut Cik Liu lagi, ada orang tengah yang menguruskan penyerahan ibu saudaranya kepada keluarga Melayu yang pada ketika itu tidak mempunyai zuriat. Beliau berkata bapa angkat Melayu ibu saudaranya itu bekerja di lapangan terbang dan berbasikal ke tempat kerja setiap hari. Ibu angkatnya pula seorang suri rumah.

Namun, Cik Liu berkata keluarganya namun masih terbuka untuk menjemput sesiapa dari luar negara yang menepati sebahagian syarat untuk menjalani ujian DNA di Singapura.

Namun buat masa ini, usaha mencari ibu saudaranya, anak ketujuh Cik Lau, masih berterusan.

“Untuk mendapat kepastian, ujian DNA itu perlu, tetapi itu sesudah kami berjumpa dengan orang yang kami rasa paling tepat. Buat masa ini, kami masih lagi mencari,” ujar Cik Liu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >