Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha S’pura banteras penipuan contoh bagi tangani ‘epidemik’: Ketua Interpol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha S’pura banteras penipuan contoh bagi tangani ‘epidemik’: Ketua Interpol

Mar 27, 2024 | 05:30 PM



Dalam “epidemik” jenayah kongsi gelap yang melangkaui sempadan negara, daya usaha Singapura bagi membanteras penipuan berupaya menjadi satu model yang boleh dicontohi negara lain, kata Setiausaha Agung polis antarabangsa, Interpol, Encik Jurgen Stock pada 27 Mac.

Encik Stock yang merupakan pegawai berpengalaman selama sedekad menyandang jawatan itu, berkata dapatan haram berjumlah sehingga AS$3 trilion ($4 trilion) disalurkan dalam sistem kewangan sedunia setiap tahun.

Walaupun jenayah penyeludupan dadah kekal menjadi sumber pendapatan utama bagi kumpulan jenayah kongsi gelap yang dianggarkan mencecah 40 hingga 70 peratus keuntungan yang diraih, Interpol memerhatikan bahawa terdapat pertambahan dari segi bilangan jenayah berunsur siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Umumnya, pusat penipuan siber – yang didorong menerusi kegiatan dalam talian dengan identiti terselindung, dan dipercepatkan lagi akibat pandemik Covid-19 – telah memberi peluang kepada kumpulan kongsi gelap, meneroka model perniagaan baru.

Pusat penipuan sedemikian, menurut Encik Stock, adalah tempat di mana “jawatan perkerjaan telah ditawarkan, dan kemudian mangsa mendapati diri mereka berada dalam sebuah pusat penipuan” serta pasport mereka dirampas.

“Kami mendapati ratusan mangsa di dalam satu pusat penipuan,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang di pejabat pertubuhan polis antarabangsa itu di Napier Road, di sini.

“Apa yang bermula sebagai satu ancaman jenayah di rantau Asia Tenggara telah menjadi satu krisis penyeludupan manusia di peringkat global dengan jutaan mangsa.”

Lantaran itu, kata Encik Stock, usaha Singapura dalam membanteras penipuan, khususnya Pusat Anti-Penipuan kendalian Pasukan Polis Singapura (SPF), berupaya menjadi satu contoh bagi negara-negara anggota Interpol dalam mengatasi ancaman penipuan siber.

“Pusat Anti-Penipuan di Singapura ini, adalah bagi saya, satu contoh amalan terbaik melibatkan kerjasama serentak, meja ke meja, antara sektor swasta dan pihak penguatkuasaan undang-undang,” ujarnya lagi.

Dalam pusat berkenaan, pegawai polis bekerjasama dengan wakil dari bank tempatan untuk menyekat penipuan.

Encik Stock menyatakan demikian sempena satu laporan daripada Interpol yang dirancang diterbitkan pada April, mengenai kumpulan jenayah kongsi gelap yang merentas sempadan antarabangsa.

Laporan itu, akan memainkan peranan sebagai satu “penilaian ancaman global” bagi kesemua 196 negara ahli Interpol.

“Kami akan menyediakan maklumat ini dan menterjemahkannya untuk dijadikan bahan siasatan yang boleh digunakan oleh negara-negara ahli bagi operasi tertentu.”

Encik Stock juga menggesa agar anggota Interpol melangkaui daya usaha operasi bersendirian dan mengongsi data di peringkat sedunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >