Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ustaz Fatris, Ustaz Hasbi terima Anugerah Kecemerlangan Fatwa

Sep 8, 2025 | 7:59 PM
Mantan Mufti, mantan presiden Pergas, Anugerah Kecemerlangan Fatwa 
Atas sumbangan mereka dalam menghasilkan dan merumuskan fatwa, Mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram (kiri), dan mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, telah menerima Anugerah Al-Imam Al-’Izz bagi Kecemerlangan dalam Fatwa, buat julung-julung kalinya semasa Majlis Pelantikan dan Penghargaan Jawatankuasa Fatwa di HomeTeamNS Bedok Reservoir pada 8 September. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Mantan Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram (2011 hingga 2020), dan mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, telah diiktiraf Anugerah Al-Imam Al-’Izz bagi Kecemerlangan dalam Fatwa.

Mereka menerima anugerah tersebut semasa Majlis Pelantikan dan Penghargaan Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung di HomeTeamNS Bedok Reservoir pada 8 September.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada 8 September, anugerah tersebut mengiktiraf anggota Jawatankuasa Fatwa yang menunjukkan kecemerlangan dalam merumuskan fatwa yang menangani cabaran moden sambil mengekalkan prinsip-prinsip Islam, sekali gus membentuk dan memperkukuh landskap perundangan Islam di Singapura.

Berkongsi kepada media selepas majlis tersebut, Ustaz Dr Mohamed Fatris berkata bahawa anugerah tersebut merupakan pengiktirafan bermakna terhadap perkhidmatannya, dan mencerminkan komitmen Muis untuk memartabatkan peranan institusi fatwa di Singapura.

“Ia satu pengiktirafan yang amat saya syukuri dan saya hargai di atas sumbangan yang kami mampu lakukan sepanjang kami berkhidmat di dalam Jawatankuasa Fatwa Muis.

“Saya melihat ini sebagai satu keinginan dan kesungguhan pihak Pejabat Mufti dan Muis untuk terus mengangkat darjat institusi fatwa di Singapura yang telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kesejahteraan beragama kita sejak awal penubuhan Muis lagi,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg