Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ustaz TM Fouzy kritikal di ICU, alami sesak nafas

Nov 22, 2024 | 9:45 PM
Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH),  pada awal pagi 22 November.
Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH), pada awal pagi 22 November. - Foto fail

Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH), dikatakan telah mengalami sesak nafas. 

Beliau yang berusia 69 tahun dikatakan telah dihantar ke hospital pada sekitar 2 pagi, 22 November.

Ini dinyatakan oleh anak perempuannya, Ustazah Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah dalam mesej WhatsApp beliau kepada wartawan pada 22 November.

“Keluarga kami masih menantikan kemas kini daripada doktor. Kini kami berdoa agar beliau cepat sembuh,” katanya yang bersama ibu dan dua adik-beradiknya di hospital bagi menantikan perkembangan terkini.

Menurut Ustazah Tengku Madihah, tiga lagi saudara kandungnya yang lain sedang pulang dari luar negara untuk bersama keluarga.

Satu catatan yang dikatakan daripada keluarga Ustaz Fouzy yang sebelum ini tular di media sosial menyatakan bahawa Ustaz Fouzy sedang berada di ICU dan keadaannya kekal kritikal.

“Mungkin ramai yang sedia maklum, Ustaz Fouzy kini berada di ICU, dan keadaannya masih kritikal.

“Kami amat menghargai keprihatinan dan sokongan anda semasa masa yang mencabar ini.

“Memandangkan keadaannya, kami mengutamakan kesembuhannya dan dengan hormatnya memohon, bagi menghormati keperluannya untuk berehat, tiada pelawat datang pada masa ini.

“Kami harap anda memahami akan keperluan ini, kerana kami memberi tumpuan kepada kesejahteraannya.

“Tolong terus doakan beliau dalam doa anda, agar dia mendapat kekuatan untuk pulih segera,” kata catatan itu yang mendapat banyak ucapan serta doa daripada pengguna media sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg