Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Utamakan mutu, keselesaan jemaah

Jul 7, 2024 | 5:30 AM
Kepulangan jemaah haji yang mengikuti pakej Noor 3 syarikat Noor Mohamad Services & Travel ke Singapura pada 2 Julai.
Kepulangan jemaah haji yang mengikuti pakej Noor 3 syarikat Noor Mohamad Services & Travel ke Singapura pada 2 Julai. - Foto NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL

USTAZAH JUYDA NOOR MOHAMAD

Jemaah yang menunaikan fardu haji bersama Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd telah selamat pulang ke tanah air. Jemaah yang mengikuti pakej Noor 1 dan Noor 2, telah kembali ke Singapura pada 25 Jun manakala jemaah pakej Noor 3 pula, selamat kembali ke pangkuan keluarga pada 2 Julai.

Secara umum, jemaah kami dalam keadaan sihat walaupun menghadapi cuaca yang begitu panas ketika menjalankan ibadah haji, terutamanya ketika di Arafah apabila cuaca hampir mencecah 50 darjah Celsius.

Namun begitu, dengan keadaan khemah di Arafah yang luas dan dilengkapi dengan penyaman udara, maka ia dapat membantu sedikit mengurangkan rasa bahang yang melampau.

Firma pelancongan, Noor Mohamad Services & Travel, diasas dan ditubuhkan pada 1998 oleh ibu bapa saya.

Insya-Allah, saya selaku anak dan pengarah syarikat, memimpin dan menggalas tanggungjawab ini untuk meneruskan legasi mereka. Prinsip syarikat kami ialah memberikan perkhidmatan sebaiknya, berlandaskan amanah, mesra dan jujur kepada jemaah kami.

Selain menyediakan kemudahan penginapan dan kelengkapan eksklusif, kami amat menitikberatkan kepimpinan, asatizah yang bertauliah dan pegawai yang berpengalaman untuk menemani pelanggan kami.

Kami ingin menyakinkan anda bahawa melangkahkan kaki menempuh misi suci lagi penuh berkat ini, selain memenuhi impian anda agar dikurniakan umrah atau haji yang mabrur (diterima Allah swt).

Saya yakin, mutu lebih penting daripada bilangan. Maka setiap pakej umrah kami, tidak melebihi 40 anggota jemaah, agar kami mampu menjaga mutu serta dapat memberikan khidmat cemerlang. Bagi kami, ukhuwah itu penting. Kami ingin jemaah berasa kamilah keluarga mereka sepanjang mereka beribadah di sana.

Setelah pasca-Covid-19, jemaah pasti risau tentang insurans perubatan ketika mereka berada di tanah suci.

Bagi syarikat Noor Mohamad Services & Travel, setiap pakej umrah atau haji, kami lengkapi dengan insurans perubatan. Ini kerana, kami bekerjasama dengan syarikat ST&T di bawah naungan syarikat UOI Insurans, dan memastikan jika jemaah kurang sihat atau menghadapi isu kesihatan, mereka tidak perlu risau untuk mendahulukan wang bagi mendapatkan rawatan, seperti insurans pelancongan yang lain.

Dengan kerjasama bersama ST&T, jemaah boleh langsung mendapatkan rawatan tanpa membuat pembayaran.

Alhamdulillah, setelah bulan haji berlalu, kini tumpuan kami adalah pakej umrah serta pakej Wisata Kembara Islam.

Kami akan mengunjungi tempat-tempat yang mempunyai kesan sejarah Islam, agar masyarakat dapat mengambil iktibar daripada kesan dan kisah sejarah tersebut.

Antaranya ialah Kembara Warisan Islam yang bakal melawat Greece pada akhir Ogos 2024, serta Sambutan Maulidur Rasul di Masjid al-Aqsa pada September 2024.

Aspirasi saya agar syarikat ini dapat berterusan kerana ini merupakan amanah yang berat, amanah yang saya ingin menjadikan firma ini sebagai jambatan untuk jemaah kami ke tanah suci, khususnya di Makkah dan Madinah, dan melakukan ibadah dengan sesempurna mungkin.

Untuk pertanyaan, hubungi talian 6743-5321 atau WhatsApp di talian 9225-1684.

Noor Mohamad Services & Travel terletak di 810 Geylang Road #01-88, City Plaza, Singapura 409286.

E-mel: noormst@gmail.com

Penulis merupakan pengarah syarikat Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg