Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Video, TikTok P. Ramlee oleh pelajar harus ada nilai, guna bahasa yang baik: Pengadil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga pengadil bagi peraduan antara sekolah anjuran Gen G BH

Video, TikTok P. Ramlee oleh pelajar harus ada nilai, guna bahasa yang baik: Pengadil

Jan 29, 2024 | 02:41 PM



Para pengadil ‘Peraduan Menghasilkan Video dan TikTok bagi Sekolah-Sekolah’ berdasarkan filem-filem Allahyarham P. Ramlee ingin melihat video atau TikTok yang berasaskan nilai serta disampaikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik.

Di samping mempunyai struktur, ia perlu mampu memberikan mesej dalam masa yang singkat melalui wadah video atau TikTok.

Peraduan yang dianjurkan oleh penerbitan pelajar Berita Harian (BH), Gen G, itu akan diadili oleh tiga pengadil iaitu Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh; Pakar Kanan Rekaan Media Untuk Pembelajaran Kementerian Pendidikan (MOE), Cikgu Asnida Daud; dan Ketua Gaya Hidup BH, Cik Haryani Ismail.


Peraduan kini dibuka bagi dua kategori, sekolah menengah dan sekolah rendah bagi semua peringkat. Pendaftaran bagi peraduan itu masih dibuka sehingga 9 Februari.

Para pelajar boleh melakonkan semula babak-babak filem itu, menari dan/atau menyanyi dengan cara yang kreatif dan menghantar video atau TikTok dengan tempoh kurang dari 1 minit.

“Peraduan ini adalah satu usaha yang unik bagi menggalakkan apresiasi filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada generasi muda.

“Dengan menggunakan wadah media sosial seperti TikTok, ia menambahkan ekspresi karya Tan Sri P. Ramlee dalam bentuk yang baru dan relevan dengan generasi muda,’’ kata Datuk Khairul, warga Singapura yang juga mantan Naib Presiden Astro Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studio.

Datuk Khairul sedang menghasilkan filem biopik P. Ramlee Jeritan Batinku bagi menyelami isi hati dan menelusuri perjalanan pahit getir yang pernah dilalui seniman itu bagi memperkenalkannya kepada golongan muda.


Ditanya apakah yang ingin dilihat dari video atau TikTok yang dihasilkan, Cikgu Asnida berkata: “Kreativiti amat luas tetapi di dalam pendidikan, ia harus berasaskan nilai.

“Oleh kerana filem-filem itu adakan bertemakan filem-filem P. Ramlee, ia boleh mempunyai unsur-unsur jenaka tetapi perlu mempunyai objektif berasaskan nilai yang ingin disampaikan serta penggunaan bahasa yang baik dalam jangka masa yang singkat.”

Turut bersetuju, Cik Haryani berharap peraduan itu akan menjana kreativiti pelajar untuk menghasilkan kandungan menghiburkan serta memiliki nilai-nilai tersendiri yang boleh dijadikan pengajaran bersama bersandarkan babak atau lagu dalam filem ikonik P. Ramlee.

“Mereka dapat beri kesegaran pada mahakarya P. Ramlee yang terhasil berpuluh tahun lamanya dahulu, sekali gus mengembalikan nostalgia pada kerja seni yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas,’’ ujar Cik Haryani.

Sekolah-sekolah boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR yang tertera di dalam poster atau ke https://gengsub.sph.com.sg/video_registration.

Pendaftaran berakhir 9 Februari.

Pihak sekolah boleh menghantar video atau TikTok tidak lebih dari 1 minit, dengan resolusi 1080 x 1920 ke https://gengsub.sph.com.sg/videocomp_sub sebelum 13 Mac 2024.

Pemenang pertama bagi kategori sekolah menengah dan rendah masing-masing akan menerima baucar tunai $1,000 berserta trofi dan sijil.

Tempat kedua akan memenangi baucar tunai $800 berserta trofi dan sijil.

Dua hadiah sagu hati akan diberikan bagi setiap kategori iaitu baucar tunai $500 berserta trofi dan sijil.

Para pemenang akan diumumkan di media sosial dan laman BH, serta Telegram Gen G pada 18 Mac


Acara penyampaian hadiah bagi para pemenang peraduan itu akan berlangsung pada 27 Mac bermula 2.30 petang di Wisma Geylang Serai (WGS).

Majlis penyampaian hadiah itu diadakan dengan kerjasama WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >