Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan mantan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, perlu menerima potongan gaji apabila mereka menceburi bidang politik, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Tenaga dan Perusahaan), Dr Tan See Leng.

Dalam perbahasan semakan gaji menteri di Parlimen, Dr Tan menambah gaji yang mereka perolehi sebagai menteri tidak mungkin sepadan dengan nilai kewangan yang mereka korbankan.

“Saya mempunyai ramai rakan sekerja yang merupakan pakar bedah cemerlang, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam.

“Namun, seperti rakan sekerja saya, Dr Vivian Balakrishnan, ketika beliau menceburi politik, atau mantan rakan sekerja saya, Dr Ng Eng Hen, gaji menteri yang mereka terima tidak mungkin sepadan dengan nilai kewangan yang mereka korbankan,” kata Dr Tan pada 10 September.

Sebelum menceburi politik, Dr Tan merupakan pakar perubatan keluarga, Dr Balakrishnan pula seorang doktor pakar mata manakala Dr Ng adalah seorang pakar bedah barah.