Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menghadiri Rahat Menteri Luar Asean dari 18 hingga 19 Januari di Langkawi, Malaysia, atas jemputan Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataan pada 18 Januari, berkata: “Rahat Menteri Luar Asean ialah mesyuarat peringkat tinggi pertama yang dianjurkan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025.”
Rahat itu bertemakan keterangkuman dan kelestarian, tambah MFA.
Di acara tersebut, Dr Balakrishnan dan menteri luar lain akan turut serta dalam satu perbincangan.
Antara topik perbincangan ialah keutamaan Asean untuk 2025, mengambil kira kerjasama dengan rakan kerja luar, dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.
“Singapura akan bekerjasama dengan Pengerusi Asean Malaysia dan rakan sekerja Asean kami yang lain dalam membantu melaksanakan agenda substantif Malaysia pada 2025,” kata MFA.
Lawatan Dr Balakrishnan ke Langkawi akan ditemani pegawai dari MFA.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg