Topic followed successfully
Go to BHkuVivian lawat 4 negara TT mulai 2-5 Mei
Vivian lawat 4 negara TT mulai 2-5 Mei
Vivian lawat 4 negara TT mulai 2-5 Mei
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Arab Saudi dan Qatar dari 2 hingga 5 Mei.
Dalam lawatannya itu, Dr Balakrishnan akan bertemu rakan sejawatannya dan pemimpin Teluk yang lain untuk mengesahkan solidariti Singapura serta hubungan jangka panjang dengan rakan kongsi Teluk.
Beliau akan menzahirkan penghargaan atas bantuan mereka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Singapura di rantau tersebut, termasuk memudahkan operasi penerbangan bantuan pada Mac 2026, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 1 Mei.
Semasa di sana Dr Balakrishnan akan bertukar pandangan mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk meredakan ketegangan, penyelesaian politik yang bertahan lama, dan menegakkan undang-undang antarabangsa, termasuk memastikan laluan transit yang selamat serta tanpa halangan melalui Selat Hormuz.
Dr Balakrishnan juga akan membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dengan empat negara dalam bidang seperti keselamatan tenaga, daya tahan rantaian bekalan, dan hubungan perdagangan dan pelaburan.
Semasa lawatannya itu Dr Balakrishnan akan diiringi oleh pegawai dari Kementerian Luar Negeri.

