Vivian: Perpaduan, daya tahan ekon, pertahanan antara kunci masa depan S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian: Perpaduan, daya tahan ekon, pertahanan antara kunci masa depan S’pura

Tekankan kepentingan bagi S’pura kekal peranan sebagai hab sejagat yang dipercayai bagi perdagangan, kewangan dan perkhidmatan
Feb 27, 2026 | 8:30 PM

Vivian: Perpaduan, daya tahan ekon, pertahanan antara kunci masa depan S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS,  Vivian Balakrishnan, masa hadapan S’pura
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 27 Februari. - Foto MDDI

Singapura mengekalkan keupayaannya untuk mencorak hala tuju sendiri dan melindungi kepentingan nasional jangka panjang hasil daripada perpaduan domestik, daya tahan ekonomi dan keupayaan pertahanannya.

Justeru, Singapura perlu mengekalkan peranannya sebagai hab sejagat yang dipercayai bagi perdagangan, kewangan dan perkhidmatan maju, serta menyokong pendekatan pelbagai hala berasaskan peraturan terhadap cabaran sejagat, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

“Satu-satunya pilihan yang wajar bagi kita ialah untuk terus menentukan kepentingan nasional jangka panjang, dan kemudian menggunakan keupayaan kita untuk mencorak hala tuju sendiri serta menentukan nasib sendiri.

“Kita mungkin kecil, tetapi kita sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

“Kita adalah hab sejagat yang dipercayai dan pembina jambatan yang tekun, di mana kita ingin bekerjasama dengan semua negara yang bersedia untuk berinteraksi dengan kita,” ujar Dr Balakrishnan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 27 Februari.

Antara lain, kepentingan nasional Singapura termasuk menjaga kedaulatan, kemerdekaan dan perpaduan; menjamin bekalan penting seperti tenaga, makanan dan air; mengekalkan peranannya sebagai hab sejagat yang dipercayai bagi perdagangan, kewangan dan perkhidmatan maju; serta menyokong pendekatan pelbagai hala berasaskan peraturan terhadap cabaran sejagat.

Dalam pada itu, Dr Balakrishnan berkata Singapura menghadapi dilema strategik yang sukar memandangkan kepentingannya tidak sentiasa selari dengan kuasa besar, sederhana, atau dengan negara jiran.

Justeru, adalah penting bagi Singapura mengekalkan keupayaan untuk berkata “tidak” dengan sopan, hormat dan membina kerana kehilangan keupayaan tersebut bermakna hilangnya kerelevanan dan kemerdekaan Singapura.

“Dalam beberapa isu, kita perlu berkata tidak dengan sopan, hormat dan membina, namun tetap tegas dan berkata tidak.

“Ini bukan soal memilih pihak tetapi mengenai menegakkan prinsip serta membuat penilaian yang teliti terhadap kepentingan nasional jangka panjang Singapura,” kata beliau.

Memberi perincian, beliau menegaskan Singapura, secara konsisten telah mengecam pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Sebagai contoh, Singapura mengecam konflik Russia-Ukraine dan tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela.

Singapura juga telah menyuarakan keperluan untuk mengekalkan sistem perdagangan berasaskan peraturan, termasuk prinsip negara yang paling diutamakan dalam Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

Selain itu, Singapura mengambil pendirian jelas mengenai konflik Israel-Palestin dengan mengecam serangan pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel.

Tindak balas Israel juga telah melebihi batas dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tambah Dr Balakrishnan.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata pendirian konsisten Singapura adalah penempatan Israel di Tebing Barat adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Beliau menegaskan semula Singapura menentang sebarang percubaan untuk mewujudkan fakta baru di lapangan yang boleh menjejas prospek penyelesaian dua negara.

“Pendirian lama kita kekal bahawa satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan ialah melalui penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambah beliau.

Dr Balakrishnan berkata pendirian yang diambil dan dinyatakan Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini berhubung isu tersebut tidak sentiasa diterima oleh semua pihak.

Malah di dalam negara sendiri, ia telah mencetuskan perdebatan yang aktif, tambah beliau.

“Namun, apa yang ingin saya tekankan ialah walaupun ada yang tidak bersetuju dengan keputusan dan pendirian yang kita ambil, saya berharap anda memahami sebab di sebalik pendirian tersebut,” katanya.

“Dalam beberapa isu, kita perlu berkata tidak dengan sopan, hormat, dan membina, namun tetap tegas dan berkata tidak. Ini bukan soal memilih pihak, tetapi mengenai menegakkan prinsip serta membuat penilaian yang teliti terhadap kepentingan nasional jangka panjang Singapura.”
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg