Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian: S’pura bakal hulur bantuan kemanusiaan ketujuh kepada Gaza

Feb 4, 2025 | 2:17 PM
Pada Disember 2024, sekitar 300 sukarelawan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) gigih membungkus barangan untuk dikirimkan ke Gaza. Yayasan ini akan memulakan pengumpulan dana selanjutnya bagi Gaza sekitar Ramadan pada Mac.
Pada Disember 2024, sekitar 300 sukarelawan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) gigih membungkus barangan untuk dikirimkan ke Gaza. Yayasan ini akan memulakan pengumpulan dana selanjutnya bagi Gaza sekitar Ramadan pada Mac. - Foto fail

Singapura sedang merancang bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan ketujuh kepada Gaza, yang merangkumi makanan, bekalan penting dan bekalan perubatan, dalam beberapa minggu akan datang, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Bantuan tersebut akan dihantar, menggunakan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dan diberikan kepada rakan-rakan di Jordan.

Menjawab soalan di Parlimen pada 4 Februari, Dr Balakrishnan berkata:

“Saya baru sahaja bercakap dengan Menteri Luar Jordan semalam untuk mengesahkan aturan ini.

“Izinkan saya mengulangi penghargaan Singapura kepada semua rakan serantau kami di Timur Tengah, terutamanya Jordan, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Cyprus, atas sokongan mereka dalam memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kami ke Gaza.

“Kami berharap untuk melakukan lebih banyak lagi bersama dan kami berharap dapat memberikan lebih banyak bantuan kepada orang awam di Gaza, sedang mereka membina semula rumah dan kehidupan mereka.”

Dalam pada itu, Dr Balakrishnan berkata Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan memulakan pengumpulan dana selanjutnya untuk Gaza dalam bulan Ramadan pada Mac.

“Keperluan pembinaan semula Gaza adalah besar, dan Singapura akan terus menyumbang secara dua hala atau dengan bekerjasama dengan negara lain di rantau itu.

“Kami juga bersedia memberikan bantuan melalui pakej bantuan teknikal yang dipertingkatkan untuk menyokong program latihan di Gaza, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg