Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakaf Masyarakat S’pura kumpul $6.25j, lancar kempen tambah pengikrar

Mar 10, 2025 | 3:12 PM
Muis akan menganjurkan lagi kempen bulan Wakaf pada Julai ini untuk meningkatkan kesedaran tentang Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dalam kalangan masyarakat.
Muis akan menganjurkan lagi kempen bulan Wakaf pada Julai ini untuk meningkatkan kesedaran tentang Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dalam kalangan masyarakat. - Foto fail

Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) – bakal menjadi antara sumber pendanaan utama bagi Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) – telah berjaya mengumpulkan $6.25 juta daripada masyarakat sejauh ini.

Memberi perkembangan terkini mengenai WMS, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata daripada jumlah itu, hampir $1 juta adalah sumbangan tunai, dan bakinya berbentuk ikrar.

Sempena sambutan ulang tahun ke-60 Singapura, atau SG60, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan melancarkan kempen untuk menambahkan jumlah pengikrar wakaf itu kepada 6,000 individu menjelang akhir tahun – lebih daripada sekitar 1,150 pengikrar sekarang.

Berkongsi semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) berhubung ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada 10 Mac, Encik Masagos berkata WMS, yang telah dilancarkan pada 2024, adalah penting untuk menampung keperluan agama masyarakat Melayu/Islam.

“WMS akan mewujudkan aliran dana jangka panjang yang mampan dan memperkasa masyarakat Melayu/Islam untuk mencorak masa depan yang lebih cerah,” kata beliau.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menubuhkan Jawatankuasa Sementara WMS untuk mempersiapkan asas kukuh bagi tadbir urus dan pelaksanaan wakaf itu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, dan dianggotai individu pakar dalam bidang seperti perundangan, perakaunan dan agama.

Satu Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) juga telah dibentuk untuk menerajui pembangunan bahan dan program perancangan warisan Islam (ILP) yang berkesan untuk memacu objektif sebenar WMS.

Kumpulan itu dipengerusikan rakan kongsi kanan firma guaman Dentons Rodyk dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Encik Masagos menambah bahawa Muis akan menganjurkan lagi kempen bulan Wakaf pada Julai ini untuk meningkatkan kesedaran tentang WMS dalam kalangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg