Wakaf: Pelaburan akhirat yang tidak terputus

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakaf: Pelaburan akhirat yang tidak terputus

Pengarah Eksekutif di Pergas Investment Holdings kongsi maklumat tentang peranan Pergas dalam memakmurkan wakaf
Mar 6, 2026 | 5:30 AM

Wakaf: Pelaburan akhirat yang tidak terputus

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
wakaf, pergas, sumbangan
Wakaf bukan sekadar sumbangan untuk masa kini, bahkan pelaburan pahala berterusan yang terus memberi manfaat walaupun kita telah tiada, serta diwarisi oleh generasi seterusnya. - Foto PERSATUAN ULAMA GURU-GURU AGAMA ISLAM SINGAPURA (PERGAS)

DR SHAMSIAH ABDUL KARIM

Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat Muslim)

Para ulama menjelaskan bahawa antara bentuk sedekah jariah yang paling jelas dan utama ialah wakaf.

Konsep wakaf bersandarkan hadis Saidina Umar ra Apabila beliau memperoleh tanah di Khaybar. Rasulullah bersabda: “Tahanlah pokoknya dan sedekahkanlah hasilnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada sabda inilah lahir prinsip wakaf: Aset dikekalkan, manfaat diagihkan. Harta tidak habis, pahala tidak putus.

Sejarah Islam membuktikan wakaf membangunkan masjid, sekolah, hospital bahkan jalan raya.

Antara kisah masyhur ialah Zubaidah, isteri Khalifah Harun Al-Rashid, yang membiayai pembinaan saluran air ke Makkah untuk kemudahan jemaah haji. Berabad-abad manusia menikmati manfaatnya, dan pahala terus mengalir untuk beliau.

Hari ini, wakaf bukan sekadar membina masjid. Wakaf boleh bersifat produktif. Contohnya, melalui hartanah yang disewakan. Aset kekal sebagai wakaf, manakala hasil sewaan diagihkan kepada kebajikan dan pembangunan ilmu.

Ilmu pula tidak akan berkembang tanpa ulama. Ulama adalah pewaris nabi, pembimbing masyarakat dan penjaga kefahaman agama. Justeru, melestarikan kepimpinan ulama adalah satu amanah bersama.

Di Singapura, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) memikul tanggungjawab besar ini.

Melalui Dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (Perlu), usaha giat dijalankan untuk memiliki sepenuhnya bangunan Paradise@Pergas sebagai pusat ilmu dan pembangunan asatizah.

Sebahagian ruang juga disewakan bagi menjana aliran tunai untuk menampung program asatizah yang dijalankan oleh Pergas.

Alhamdulillah, lebih separuh daripada kos telah dijelaskan hasil daripada sewaan dan sumbangan masyarakat. Namun, kira-kira $11 juta lagi masih diperlukan untuk mencapai pemilikan mutlak.

Ini bukan sekadar sumbangan. Ia adalah peluang wakaf – peluang menjadi sebahagian daripada legasi ilmu yang berterusan. Bayangkan: setiap kelas yang berlangsung, setiap ilmu yang disampaikan, setiap doa yang dipanjatkan, semuanya menjadi aliran pahala yang tidak terputus.

Wakaf bukan sekadar tentang memberi pada hari ini, malah ia merupakan satu bentuk pelaburan pahala yang akan terus mengalir walaupun kita sudah tiada. Ia memastikan sesuatu manfaat dapat diteruskan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita meningkatkan amal ibadah dengan menyertai sedekah jariah melalui wakaf.

Dengan menyumbang kepada Dana Wakaf Perlu, anda bukan sahaja membantu melestarikan kepimpinan ulama di Singapura, malah turut memastikan ilmu dan khidmat mereka terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam pada masa hadapan.

Setiap sumbangan anda, walau besar atau kecil, merupakan amanah yang membawa ganjaran berpanjangan dan menjadi legasi kebaikan yang tidak akan terputus.

Penulis merupakan Pengarah Eksekutif di Pergas Investment Holdings.

SEKILAS:

Anda boleh membuat sumbangan wakaf kepada dana perlu melalui cara berikut:

● Aplikasi bank: CIMB 2000560073.

● PayNow ke: UEN S57SS0012G073.

● Derma tetap: layari tinyurl.com/recurringperlu.

● Hantarkan cek berpalang atas nama ‘Pergas-Charity’.

● Nominasi di dalam wasiat, Tabung Simpanan Pekerja (CPF) atau insurans.

*Untuk maklumat lanjut, layari perlu.pergas.org.sg atau hubungi talian 9100-4251.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg