Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita didakwa tarik, pulas telinga pembantu rumah

Nov 25, 2024 | 5:52 PM
Noorwahidah Johari didakwa dengan satu tuduhan menyerang pembantu rumahnya dan tujuh tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadapnya.
Noorwahidah Johari didakwa dengan satu tuduhan menyerang pembantu rumahnya dan tujuh tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadapnya. - Foto ISTOCKPHOTO

Seorang wanita didakwa menarik dan memulas telinga kiri pembantu rumahnya, serta membaling bakul sampah, semangkuk air, secawan tepung dan semangkuk cili potong ke arah pembantu rumah itu pada kejadian yang berasingan.

Pada 25 November, Noorwahidah Johari, didakwa dengan satu tuduhan menyerang pembantu rumahnya dan tujuh tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadapnya.

Wanita berusia 41 tahun yang merupakan penduduk tetap (PR) Singapura itu dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 2023 di sebuah flat HDB di Bukit Batok West Avenue 8, lapor The Straits Times.

Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa membaling bakul sampah yang berisi kepingan kertas koyak ke arah muka pembantu rumahnya sekitar 2 petang pada 9 Ogos 2023.

Pada kejadian yang berasingan bulan berikutnya, Noorwahidah didakwa membaling semangkuk air, secawan tepung dan semangkuk cili potong ke arah pembantu rumah itu.

Pada September, dia didakwa mengayun kasut dan melemparkan secawan air ke arah pembantu itu pada beberapa kejadian yang berasingan.

Dia juga dituduh mencurah kicap ke atas kepala pembantu rumah itu pada bulan yang sama.

Semua itu berlarutan sehingga Noorwahidah didakwa menarik dan memulas telinga kiri pembantunya pada Oktober 2023.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana penderaan yang didakwa itu diketahui.

Noorwahidah dijangka mengaku bersalah pada 5 Februari 2025.

Jika didapati bersalah kerana menyerang pembantu rumah, dia boleh dipenjara hingga enam tahun dan didenda sehingga $10,000.

Bagi setiap tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap pembantu rumah, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda sehingga $3,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg