Seorang wanita yang didenda pada 2022 kerana mengganggu jirannya sekeluarga semasa wabak Covid-19, menimbulkan kekecohan semasa pertandingan tarian singa anak lelakinya pada 2023.
Wanita itu, yang berselisih faham dengan anak lelakinya yang telah dewasa mengenai keputusan untuk menyertai kumpulan tarian singa, mengunjungi acara di Kelab Masyarakat West Coast di Clementi West Street 2 pada 29 Julai 2023.
Semasa acara tersebut, antara lain, dia mencurahkan kopi dan menendang “kepala” sekurang-kurangnya satu kostum, menyebabkan kerosakan lebih $1,300.
Pada 3 Februari, Lim Sok Lay, 52 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan nakal dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap orang lain.
Suaminya, Cheang Eng Hock, 60, juga didakwa mengganggu pertandingan tersebut.
Dia dijangka mengaku bersalah pada 21 Februari.
Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan pada Julai 2023 bahawa semasa Lim melakukan kesalahan, anak lelakinya, 25 tahun, merupakan seorang penghibur bersama kumpulan Times Cultural Arts dan merupakan antara yang mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Persekutuan Tarian Naga dan Singa Wushu Singapura.
Pada 2023, seorang jurucakap persekutuan tersebut memberitahu ST Lim dan Cheang cuba menghalang anak mereka daripada menyertai pertandingan itu selepas berlaku salah faham antara mereka bertiga.
Pasangan suami isteri dari Singapura itu pertama dilaporkan mengganggu jiran mereka sekeluarga pada 2020.
Pasangan itu menjerit perkataan ‘Covid’, ‘penyebar Covid’, ‘virus’ dan ‘keluarga virus’ kepada jiran mereka.
Lim juga menyembur cecair pembasmi kuman ke arah mereka.
Pada Februari 2022, Lim disenda $4,000 dan Cheang didenda $1,200.
Dalam kes yang tidak berkaitan, Lim berada di kedai kopi di Edgefield Plains, Punggol, ketika dia berulang kali menolak seorang lelaki sebelum 8 pagi pada 3 Februari 2023.
Lim dijangka dijatuhi hukuman pada 26 Februari.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg