Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita menyangkung di belebas tingkap undang bahaya

Mar 12, 2024 | 2:59 PM
Wanita ini kelihatan menyangkung sekitar 15 minit di belebas tingkap sebuah unit tingkat enam. di Yishun.
Wanita ini kelihatan menyangkung sekitar 15 minit di belebas tingkap sebuah unit tingkat enam. di Yishun. - Foto STOMP

Seorang wanita dilihat bak mempertaruhkan nyawa semasa membersihkan tingkap di Blok 461A Yishun Avenue 6 pada 7 Mac.

Seorang saksi H, yang ditemuramah The New Paper telah melahirkan kebimbangan selepas melihat wanita itu menyangkung di belebas tingkap sebuah unit tingkat enam pada sebelah petang dan berkongsi gambar aksi merbahaya itu.

H berkata wanita itu berada di sana selama kira-kira 15 minit, sambil menambah: “Ini adalah cara yang merbahaya untuk membersihkan tingkap. Sekiranya cuai, nyawanya akan terkorban.”

Tidak jelas sama ada wanita itu adalah pembantu rumah, tetapi terdapat undang-undang yang melarang kegagalan untuk memastikan keselamatan kerja pembantu rumah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Ini berikutan kes pada 2016 di mana seorang pembantu rumah asing (FDW) berusia 25 tahun maut apabila terjatuh sewaktu membersihkan tingkap. Pembantu itu baru bekerja dua minggu di rumah majikannya di Punggol. Isu terjatuh sewaktu membersihkan tingkap atau menggantung jemuran adalah risiko tinggi yang dihadapi oleh pembantu rumah asing.

Setiap FDW yang datang bekerja di Singapura menjalani kurus Program Penyesuaian (SIP) yang akan melengkapkan mereka dengan panduan untuk bekerja secara selamat dan mengetahui hak asasi mereka sebagai pembantu rumah.

MOM meminta kerjasama pihak majikan untuk mengingatkan pembantu rumah mereka agar berhati-hati semasa melakukan kerja rumah.

Majikan yang gagal memastikan keselamatan pembantu rumah mereka boleh didenda sehingga $10,000 dan/atau dipenjarakan sehingga 12 bulan, malah mungkin dihalang daripada menggaji pembantu rumah pada masa hadapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg