Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita S’pura maut dalam kemalangan lebuh raya Johor

Dec 11, 2024 | 10:32 AM
Seorang wanita warga Singapura mati di tempat kemalangan setelah mengalami cedera parah di lebuh raya Johor Bahru apabila motosikal yang diboncengnya terbabas.
Seorang wanita warga Singapura mati di tempat kemalangan setelah mengalami cedera parah di lebuh raya Johor Bahru apabila motosikal yang diboncengnya terbabas. - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Seorang wanita warga Singapura meninggal dunia manakala teman lelakinya cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sedenak di Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner (AC) Tan Seng Lee berkata, polis dimaklumkan mengenai kemalangan maut itu sekitar jam 9.15 pagi pada 10 Disember.

“Motosikal berkuasa tinggi yang dibawa seorang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun dan teman wanita pemboncengnya berusia 21 tahun, dalam perjalanan pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur.

“Penunggang motosikal hilang kawalan kenderaannya dan melanggar pembahagi jalan keluli,” katanya dalam satu kenyataan pada 10 Disember.

AC Tan menambah, pembonceng itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala teman lelakinya cedera di kaki.

Akhbar The Star melaporkan AC Tan berkata kededua mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg