Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita terjun udara berusia 104 tahun meninggal dunia

Oct 13, 2023 | 5:04 PM
PENGALAMAN MENDEBAR: Cik Dorothy Hoffner, 104 tahun, bersama jurulatih aksi terjun udara, Encik Derek Baxter, semasa melakukan aksi nekad ini di Ottawa, Illinois, pada 1 Oktober.
PENGALAMAN MENDEBAR: Cik Dorothy Hoffner, 104 tahun, bersama jurulatih aksi terjun udara, Encik Derek Baxter, semasa melakukan aksi nekad ini di Ottawa, Illinois, pada 1 Oktober. - Foto AP

CHICAGO: Seorang wanita berusia 104 tahun dari Chicago, Amerika Syarikat – yang baru-baru ini tular di media sosial kerana membuat aksi terjun udara secara tandem – telah meninggal dunia pada Ahad (8/10).

Menurut laporan media tempatan, Cik Dorothy Hoffner meninggal dunia di rumah beliau dalam tidurnya.

Awal sebelum itu pada 1 Oktober, Cik Hoffner membuat terjunan usara secara tandem di utara Illinois dari ketinggian 13,500 kaki atau sekitar empat kilometer.

Ia lantas bakal menjadikannya wanita tertua yang melakukan aksi terjun payung.

Rekod semasa dalam Rekod Dunia Guinness disandang Cik Linnea Ingegard Larsson dari Sweden pada Mei 2022 – ketika berusia 103 tahun pada waktu itu.

Cik Hoffner pertama kali membuat aksi terjun udara ketika usianya 100 tahun.

Berkongsi detik beliau membuat terjunan, media tempatan melaporkan beliau mengetepikan alat bantuan berjalan untuk terjunan tersebut.

Sejurus selepas mendarat ke bumi, beliau menjelaskan beliau sebenarnya ingin mencuba aktiviti lain dan antaranya adalah menaiki belon udara kerana beliau tidak pernah menaikinya. Namun hajat tersebut ternyata tidak kesampaian. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg