Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita yang dituduh sebabkan kematian suami didakwa dengan kesalahan lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang dituduh sebabkan kematian suami didakwa dengan kesalahan lain

Feb 21, 2024 | 07:08 PM



Seorang wanita yang dituduh menyebabkan kematian suaminya kerana tindakan terburu-buru menggunakan pisau dihadapkan dengan lagi 12 tuduhan pada 21 Februari atas kesalahan termasuk menipu.

Baniyah Shap, 51 tahun, kini didakwa dengan enam tuduhan menipu dan enam tuduhan terlibat dalam konspirasi dengan beberapa orang tidak dikenali untuk memudahkan akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer beberapa bank.

Disember lalu, dia didakwa memiliki senjata di tempat awam dan menyebabkan kematian suaminya dengan tindakan terburu-buru.

Bagi tuduhan terbarunya, dokumen mahkamah menyatakan dia didakwa bekerja dengan orang lain untuk menipu UOB Bank pada Jun 2022, lapor The Straits Times.


Dia dikatakan menipu bank itu dengan membuka akaun atas namanya, yang didakwa dilakukannya supaya akaun itu boleh digunakan oleh orang lain.

Baniyah juga dituduh berkongsi butiran perbankan Internet yang dikaitkan dengan akaun bank itu dengan orang yang tidak dikenali agar transaksi boleh dibuat – satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Dia dituduh melakukan kesalahan serupa yang dikaitkan dengan RHB Bank Singapore, Standard Chartered Bank (Singapore), CIMB Bank, POSB/DBS Bank dan HSBC Bank sehingga Julai 2023.

Baniyah pernah dilaporkan didakwa terlibat dalam pergelutan dengan suaminya, Allahyarham Mohamed Ali Saaban, 62 tahun, di kolong blok Blok 631 Ang Mo Kio Avenue 4 sebelum tengah malam pada 11 Disember 2023.

Allahyarham Ali mengalami luka tusukan pisau lipat.

Butiran mengenai luka dan lokasinya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata Allahyarham Ali tidak sedarkan diri apabila dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kes Baniyah telah ditangguhkan kepada 20 Mac.

Bagi setiap tuduhan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.


Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.


Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >