Warga emas sertai program AMP demi atasi cengkaman hutang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas sertai program AMP demi atasi cengkaman hutang

Sesi kaunseling, perbincangan kumpulan sokongan, panduan urus wang antara usaha bangkit semula semangat pudar susulan belenggu kewangan
Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Warga emas sertai program AMP demi atasi cengkaman hutang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
AMP Singapura, Panti Asuhan Assyaamil, Batam, Indonesia
Cik Zuhairiah M (dua dari kanan, bertudung krim) bergambar bersama sebahagian anak yatim dan kakitangan (kiri, bertudung ungu) di Panti Asuhan Assyaamil, Batam, Indonesia. - Foto AMP SINGAPURA

Hidup diselubungi hutang amat memeritkan.

Ada yang buntu dan terkial-kial mencari jalan penyelesaian.

Yang masih terjerat pula tidak tahu bagaimana dan di mana memohon nasihat dan bantuan.

Pusat Nasihat Hutang (DAC) yang dikendalikan AMP Singapura, sedia membantu mereka yang bergelut dengan beban hutang.

Salah seorang daripada mereka hanya ingin dikenali sebagai Cik Zuhairiah M.

Menceritakan pengalamannya, Cik Zuhairiah, mantan guru prasekolah, berkata:

“Saya satu-satunya pencari nafkah keluarga. Allahyarham suami saya menghidap penyakit kronik.

“Dengan kos sara hidup yang tinggi serta perlu menampung bil hospital dan perbelanjaan rumah, saya sering terlewat membuat bayaran. Inilah yang menjadi punca saya berhutang. Keadaan ini berlarutan sejak 2009.”

Sejak suaminya meninggal dunia pada 2024, Cik Zuhairiah, 66 tahun, berkongsi flat sewa tiga bilik bersama dua orang rakan serumah.

“Banyak bil perubatan dan komitmen lain membelenggu saya. Saya cuba melunaskan hutang menggunakan gaji, tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Saya juga sering terjatuh, menyebabkan saya kerap dimasukkan ke hospital. Malah, pernah sekali saya tidak dapat bekerja selama dua bulan, sekali gus menambah tekanan kewangan sedia ada,” jelasnya.

Cik Zuhairiah yang kini bertugas sebagai atendan bas sekolah sambilan bagi pelajar sekolah istimewa pernah mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi kebajikan masyarakat.

Namun, tidak banyak bantuan yang diberikan disebabkan kesnya tidak mendesak, apatah lagi beliau mempunyai dua anak.

Kes beliau kemudian dirujuk kepada AMP.

Di AMP, pegawai yang mengendalikan kes Cik Zuhairiah, Encik Muhammad Alamin Ab Majid, membantunya menerusi program DAC dalam beberapa perkara.

“Encik Alamin menganjurkan kumpulan sokongan dan kursus pada hari Sabtu untuk saya hadiri.

“Beliau banyak menasihati dan mengajar saya cara mengurus kewangan dengan lebih baik.

“Encik Alamin juga mengadakan sesi kaunseling agar saya dapat kongsi dan luahkan masalah saya,” jelasnya.

Program ini telah berjaya meraih sokongan ahli keluarga Cik Zuhairiah dalam membantu mereka memahami keadaan beliau.

Cik Zuhairiah belajar mengurus emosi dan tekanan, mengukuhkan keyakinan dan harga diri.

Beliau juga membina kemahiran berkomunikasi dan hubungan sosial.

Beliau juga belajar menyelesaikan konflik secara positif.

Setelah mengikuti program di DAC, Cik Zuhairiah lebih berupaya menguruskan hutangnya serta memperbaiki hubungan kekeluargaan.

Namun, ujian yang dilalui Cik Zuhairiah tidak mematahkan semangatnya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Beliau adalah sukarelawan di sebuah rumah anak yatim yang terletak di sebuah masjid di Batam.

Di sana, beliau mengajar mereka bahasa Inggeris.

“Saya dapat merasakan kebersamaan dengan anak-anak yatim ini.

“Saya gembira dapat mengajar mereka.

“Saya juga melawat mereka setiap dua atau tiga minggu, dan merancang beraya bersama mereka.

“Dalam kehidupan ini, kebahagiaan itu penting. Yang penting, saya ada Allah swt. Saya banyak berdoa, pasti akan adanya jalan keluar,” tambahnya.

Untuk menyokong AMP, sila imbas kod QR ini.
Untuk menyokong AMP, sila imbas kod QR ini. -

SEKILAS

Bantuan AMP menerusi pelbagai program dan perkhidmatan merangkumi:

* Sokongan pekerjaan dan pembangunan diri;

* Bantuan kewangan dan pengurusan hutang;

* Pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat;

* Sokongan kepada keluarga dan belia berkeperluan;

* Perkhidmatan sosial seperti kaunseling dan talian bantuan AMP.

Cara menderma:

1. Portal Dalam Talian: Layari ampdonate.sg untuk memilih dana khusus.

2. PayNow ke UEN: 199105100D.

3. Pemindahkan bank ke dalam akaun UOB: 125-304-515-4 (Kod Cawangan: 025).

4. Hantarkan cek atas nama “AMP”. Sertakan nama penuh, nombor NRIC, dan maklumat penderma untuk tujuan potongan cukai.

5. Kunjungi pejabat AMP yang terletak di 1 Pasir Ris Drive 4, #05-11, Singapura 519457. Waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula 900 pagi hingga 4.30 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg