Warga emas S’pura hilang di KL ditemui selamat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas S’pura hilang di KL ditemui selamat

Hidap demensia ringan, hilang semasa ikut keluarga ke M’sia bagi hadiri majlis perkahwinan saudara
Feb 15, 2026 | 11:21 AM

Warga emas S’pura hilang di KL ditemui selamat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Warga emas S’pura, hilang di Kuala Lumpur, ditemui selamat
Warga emas Singapura, Encik Halim Yunos, 76 tahun, yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur sejak 7 Februari telah ditemui. - Foto FACEBOOK / ZAINITOPONE

Warga emas Singapura yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur sejak 7 Februari telah ditemui.

Berita mengenai penemuan Encik Halim Yunos, 76 tahun, yang menghidap demensia ringan sejak beberapa bulan lalu, dikongsikan oleh menantunya yang dikenali sebagai Wan menerusi catatan di Instagram pada 15 Februari.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut tentang bagaimana beliau telah ditemui sejauh ini.

Berita Harian (BH) telah menghubungi keluarga Encik Halim untuk mendapatkan maklumat lanjut.

View post on Instagram
 

Sebelum ini, menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, ACP Sazalee Hj Adam, berkata warga emas itu kali terakhir dilihat sekitar 10.30 malam pada 7 Februari di Anggun Residences, sebuah apartmen servis di daerah Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tambahnya, mereka menerima laporan polis mengenai Kes Orang Hilang melibatkan Encik Halim sekitar 11.20 pagi pada 8 Februari 2026.

Difahamkan, Encik Halim tidak membawa telefon bimbit semasa beliau hilang. Walaupun dompetnya dipercayai ada bersamanya, pasport dan barangan peribadi lain masih berada bersama keluarganya.

Menurut menantunya, Encik Ridzwan Rahmat, 40 tahun, sebelum ini, mereka sekeluarga telah ke Kuala Lumpur pada 6 Februari untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka dan telah merancang untuk pulang ke Singapura pada 8 Februari.

Selepas pulang dari majlis tersebut pada 7 Februari, mereka sekeluarga sempat membawa Encik Halim bersiar-siar di sekitar kawasan estet perumahan itu untuk mengambil udara segar sebelum kembali ke unit penginapan sementara mereka di Anggun Residences di 8 Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

“Beliau keluar tanpa ada sesiapa pun yang perasan.

“Kami hanya menyedari kehilangan beliau selepas satu tempoh masa yang agak lama,” katanya.

Kamera litar tertutup di kawasan berkenaan menunjukkan bahawa Encik Halim telah meninggalkan estet penginapan itu.

Sejak dilaporkan hilang, rayuan untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaan beliau tular di media sosial.

Berita kehilangan Encik Halim menarik perhatian kedua-dua penduduk Kuala Lumpur dan Singapura, dengan pelakon Singapura, Aaron Aziz, menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita tersebut.

Aktivis sosial Malaysia, Azhan Adnan, atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae, turut membantu dalam usaha mencari warga emas itu.

Seorang lagi anggota keluarga yang dikenali sebagai Zaini Sa’ad di Facebook turut berkongsi maklumat terkini di akaun media sosialnya, termasuk butiran mengenai misi pencarian yang dijalankan pada 13 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg