Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura perlu permit perjalanan untuk masuk UK mulai 8 Jan 2025

Sep 13, 2024 | 5:10 PM
Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), yang akan dipautkan secara digital kepada pasport individu, sah selama dua tahun dan membenarkan beberapa lawatan singkat bagi tempoh sehingga enam bulan bagi setiap lawatan.
Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), yang akan dipautkan secara digital kepada pasport individu, sah selama dua tahun dan membenarkan beberapa lawatan singkat bagi tempoh sehingga enam bulan bagi setiap lawatan. - Foto REUTERS

Warga Singapura yang ingin melancong ke Britain dikehendaki memohon dan mendapatkan permit Kebenaran Perjalanan Elektronik atau Electronic Travel Authorisation (ETA) sebelum membuat perjalanan mereka mulai 8 Januari 2025.

Permohonan untuk permit perjalanan digital itu berharga £10 ($17).

Rakyat Singapura boleh membuat permohonan mulai 27 November melalui laman web atau aplikasi rasmi kerajaan Britain.

ETA itu, yang akan dipautkan secara digital kepada pasport individu, sah selama dua tahun, lapor The Straits Times.

Ia membenarkan beberapa lawatan singkat bagi tempoh sehingga enam bulan bagi setiap lawatan.

Menurut laman web, ETA Britain, proses permohonan ETA biasanya mengambil masa tiga hari.

Pelawat akan dimaklumkan melalui e-mel jika permohonan mereka diluluskan atau ditolak.

ETA diperlukan tanpa mengira cara pengangkutan yang digunakan, termasuk ketibaan melalui udara, laut atau darat, misalnya, melalui terowong kereta api yang menghubungkan Britain dan Perancis.

Penumpang transit yang menukar pesawat di lapangan terbang di Britain juga dikehendaki mempunyai ETA.

ETA Britain tidak membenarkan kemasukan ke Republik Ireland atau negara Eropah yang lain.

Keperluan ETA baru itu, yang dituju kepada pelancong daripada lebih 80 bidang kuasa, bertujuan meningkatkan keselamatan sempadan Britain.

Laman web ETA Britain menambah, sistem itu bertujuan menghalang pendatang haram, menghentikan sindiket jenayah terancang dan mengenal pasti potensi ancaman terhadap keselamatan negara itu.

Menjelang April 2025, semua pelawat yang kini boleh melakukan perjalanan tanpa visa ke UK akan memerlukan permit ETA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg