Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wartawan hiburan BH antara calon Wartawan Tahunan Terbaik

Mar 19, 2024 | 5:30 AM
Antara calon Wartawan Tahunan Terbaik termasuk (dari kiri) Ketua Gaya Hidup Berita Harian, Cik Haryani Ismail; wartawan The Straits Times (ST), Encik David Sun; dan pemenang, wartawan mapan The Business Times (BT), Cik Wang Pei Ting.
Antara calon Wartawan Tahunan Terbaik termasuk (dari kiri) Ketua Gaya Hidup Berita Harian, Cik Haryani Ismail; wartawan The Straits Times (ST), Encik David Sun; dan pemenang, wartawan mapan The Business Times (BT), Cik Wang Pei Ting. - Foto ST

Wartawan hiburan veteran Berita Harian, Cik Haryani Ismail, adalah antara calon bagi kategori Wartawan Tahunan Terbaik pada majlis penyampaian Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) pada 18 Mac.

Cik Haryani, 50 tahun, yang sudah berkecimpung dalam bidang kewartawanan selama 29 tahun sejak tamat pengajian dalam bidang Sosiologi dan Pengajian Melayu daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dicalonkan bersama wartawan jenayah The Straits Times (ST), Encik David Sun, dan wartawan mapan yang menaruh minat terhadap dasar sosial dan sekitaran, Cik Wang Pei Ting daripada The Business Times (BT).

Cik Wang memenangi anugerah tertinggi buat karyawan kewartawanan mapan EMTM hasil kewibawaannya sebagai seseorang yang cepat ‘menghidu’ bahan berita menarik yang ingin dibaca orang ramai.

Beliau pernah memenangi Anugerah Berita Tahunan Terbaik dengan menyelongkar kisah padat data mengenai kemerosotan mendadak siswa kursus perakaunan di universiti serata Singapura, berdasarkan pengamatan industri perakaunan.

Mengenai pencalonannya, Cik Haryani yang memenangi Anugerah Berita Terbaik bulanan bagi berita tular serantau mengenai serangan mengejut ke atas pelakon Malaysia, Kamal Adli, di Singapore Expo, berkata:

“Pencalonan ini sudah cukup bererti bagi saya kerana ia menyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan berita bermutu dan yang ingin dibaca peminat berita hiburan di mana-mana.

“Saya masih ingat lagi betapa berita serangan Kamal itu kecoh dibincangkan di media sosial dan akhbar kami dapat menyiarkannya pada dinihari sebelum akhbar lain di Malaysia menyusul dengan laporan tentang kejadian ngeri itu.”

Beliau bagaimanapun sebak kerana tidak dapat berkongsi kejayaan dicalonkan bagi Anugerah Wartawan Tahunan Terbaik itu bersama arwah ibunya, Cik Kalthum Sangkon, yang meninggal dunia genap 11 bulan lalu.

“Ibu adalah orang penting yang banyak mendorong saya untuk terus cekal dalam bidang kewartawanan walaupun penuh onak durinya. Kalau beliau masih ada, pastinya beliau orang paling bangga dengan pencapaian saya ini,” jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg