Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warung Hassan Sunny ‘diserbu’ penyokong bola sepak China

Jun 12, 2024 | 7:35 PM
Barisan panjang dilihat melimpah hingga ke ruang luar kedai kopi Blok 144, Tampines Street 12, tempat gerai makan milik penjaga gawang bola sepak kebangsaan Singapura, Hassan Sunny.
Barisan panjang dilihat melimpah hingga ke ruang luar kedai kopi Blok 144, Tampines Street 12, tempat gerai makan milik penjaga gawang bola sepak kebangsaan Singapura, Hassan Sunny. - Foto ST

Penjaga gawang pasukan kebangsaan Singapura, Hassan Sunny, menjadi wira kepada peminat bola sepak China setelah menyelamatkan 11 percubaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia skuad Singa menentang Thailand pada 11 Jun.

Perlawanan itu menyaksikan Singapura tewas 1-3 – Thailand perlu menang dengan perbezaan tiga gol untuk mengatasi China di tempat kedua dan mara ke pusingan akhir kelayakan Asia.

Namun ketangkasan Hassan dan jaringan Ikhsan Fandi bermakna China, yang tewas 0-1 kepada Korea Selatan, mara ke pusingan seterusnya.

Hassan menjadi sanjungan peminat China di forum dalam talian, dengan beberapa saluran berita China menyebarkan maklumat mengenai gerai makan miliknya di Tampines.

Kedai kopi di Blok 144, Tampines Street 12 – lokasi gerai makan milik beliau iaitu Dapur Hassan – menjadi tumpuan pelanggan China pada 12 Jun.

Ramai pelanggan beratur panjang untuk menjamu hidangan seperti nasi padang dan nasi lemak.

Warga asal China iaitu Encik Jing Tao, memberitahu ST beliau sedang bercuti di Singapura apabila mendapat tahu alamat gerai Hassan.

Beliau berkata sungguhpun bukan peminat hidangan nasi lemak, beliau membelinya kerana sajian itu “mempunyai nilai kepentingan tinggi”.

View post on Instagram
 

“Prestasi Hassan juga mempunyai nilai kepentingan tinggi juga,” tambahnya.

Begitu juga halnya bagi Encik William Lin, yang hadir sebagai tanda penghargaan kepada prestasi Hassan.

Beliau berkata: “Prestasi Hassan dalam perlawanan ini begitu menyerlah. Saya dapat tahu tentang gerai nasi padang (miliknya), jadi saya buat keputusan untuk turun padang dan cuba. Saya benar-benar berterima kasih kepada pasukan Singapura.”

View post on TikTok

Seorang warga Singapura berusia 39 tahun, Encik Keith Ong, memberitahu ST beliau sering ke kedai kopi di blok itu.

Beliau berkata hanya gerai makan milik Hassan yang menarik ramai pelanggan semasa beliau berada di sana pada waktu itu.

“Biasanya tak sampai 20 orang (beratur di gerai). Hari ini adalah perbezaan yang drastik, ia penuh sesak,” katanya, sambil menambah terdapat lebih 50 orang sedang beratur sewaktu beliau ke kedai kopi tersebut sekitar tengah hari.

“Anda boleh tahu bahawa semua yang datang hadir untuk Hassan, mereka kelihatan dari China dan mereka menggunakan (aplikasi) Douyin,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg