Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Webinar WMS, BH kupas peranan penting wasiat

Oct 29, 2025 | 8:45 PM
Barisan panel bagi webinar tersebut terdiri daripada Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas dan anggota kumpulan kerja Perancangan Legasi Islam dan Pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Ustazah Harinah Abdul Latiff. Moderator bagi webinar tersebut adalah hos dan penerbit podcast BH, Cik Natasha Mustafa.
Barisan panel bagi webinar tersebut terdiri daripada Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas dan anggota kumpulan kerja Perancangan Legasi Islam dan Pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Ustazah Harinah Abdul Latiff. Moderator bagi webinar tersebut adalah hos dan penerbit podcast BH, Cik Natasha Mustafa. - Foto BH

Peranan penting wasiat dalam pembahagian harta dalam Islam telah dikupas dalam sesi keempat dan terakhir Webinar Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) yang dianjurkan dengan kerjasama Berita Harian (BH) telah berlangsung pada 29 Oktober.

Bertema, ‘Lindungi Yang Tersayang Melalui Wasiat: Panduan Penting Menulis Wasiat Dalam Islam’, sesi kali ini memberi panduan cara membuat wasiat ketika seseorang masih hidup.

Webinar tersebut disertai sekitar 100 peserta.

Dua penceramah telah diundang bagi webinar itu, iaitu Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, yang juga anggota kumpulan kerja Perancangan Legasi Islam, Encik Ahmad Nizam Abbas.

Seorang lagi ialah Ustazah Harinah Abdul Latiff, anggota kumpulan kerja Perancangan Legasi Islam dan Pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, yang akan menjelaskan hukum agama berkaitan isu itu.

Tiga webinar sebelum itu telah mengupas topik perancangan legasi Islam, penamaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), hibah, serta wakaf.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg