Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WGS agih beriani, bubur pada hujung minggu Ramadan

Mar 5, 2025 | 5:48 PM
Wisma Geylang Serai (WGS) mengagihkan beriani dan bubur sempena Ramadan 2025.
Wisma Geylang Serai (WGS) mengagihkan beriani dan bubur sempena Ramadan 2025. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Wisma Geylang Serai (WGS) bakal mengadakan pengagihan nasi beriani dan bubur, yang akan berlangsung pada setiap Sabtu dan Ahad pada Ramadan 2025.

Pengagihan beriani amal akan diadakan setiap Sabtu pada 8, 15 dan 22 Mac, mulai 5 petang. 

Manakala, pengagihan bubur amal akan diadakan setiap Ahad pada 9, 16 dan 23 Mac, dari 4 hingga 6 petang.

Pengagihan bubur itu merupakan gabungan antara WGS dengan kumpulan penunggang motosikal, Fuzz Bikers.

Dalam satu hantaran di Instagram pada 5 Mac, WGS menyatakan pengagihan nasi beriani dan bubur amal disediakan tertakluk kepada mereka yang tiba awal, sementara bekalan masih ada.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini, WGS bersedia untuk menyebarkan kasih sayang dengan berkongsi makanan yang lazat kepada orang ramai,” menurut hantaran itu.

Pengagihan itu akan diadakan di Tingkat 1 Wisma Geylang Serai di depan kedai Saffrons.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg