Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Woodlands Health dinama semula Hospital Woodlands mulai 2 Jan

Jan 2, 2026 | 1:11 PM
Selain pertukaran nama, tiada perubahan dibuat terhadap lokasi, perkhidmatan atau operasi Hospital Woodlands.
Selain pertukaran nama, tiada perubahan dibuat terhadap lokasi, perkhidmatan atau operasi Hospital Woodlands. - Foto ST

Hospital awam Woodlands Health telah dinama semula secara rasmi sebagai Hospital Woodlands mulai 2 Januari.

Perubahan itu merupakan sebahagian inisiatif kumpulan penjagaan kesihatan NHG Health untuk menyeragamkan penjenamaan di seluruh institusinya, menurut hospital itu dalam satu kenyataan pada 2 Januari.

Selain pertukaran nama, tiada perubahan dibuat terhadap lokasi, perkhidmatan atau operasi hospital tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Dibuka pada 2024, Hospital Woodlands telah membantu mengurangkan beban Hospital Khoo Teck Puat yang sebelum ini merupakan satu-satunya hospital awam yang berkhidmat kepada penduduk di utara Singapura sejak 2010.

Woodlands juga ditetapkan untuk menjadi Bandar Menggalakkan Kesihatan pertama di Singapura, iaitu satu skim perintis di bawah inisiatif SG Lebih Sihat (Healthier SG) yang bertujuan melaksanakan usaha kesihatan yang disesuaikan khusus bagi penduduknya.

SG Lebih Sihat merupakan satu inisiatif nasional yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan pencegahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg