Hospital awam Woodlands Health telah dinama semula secara rasmi sebagai Hospital Woodlands mulai 2 Januari.
Perubahan itu merupakan sebahagian inisiatif kumpulan penjagaan kesihatan NHG Health untuk menyeragamkan penjenamaan di seluruh institusinya, menurut hospital itu dalam satu kenyataan pada 2 Januari.
Selain pertukaran nama, tiada perubahan dibuat terhadap lokasi, perkhidmatan atau operasi hospital tersebut, lapor The Straits Times (ST).
Dibuka pada 2024, Hospital Woodlands telah membantu mengurangkan beban Hospital Khoo Teck Puat yang sebelum ini merupakan satu-satunya hospital awam yang berkhidmat kepada penduduk di utara Singapura sejak 2010.
Woodlands juga ditetapkan untuk menjadi Bandar Menggalakkan Kesihatan pertama di Singapura, iaitu satu skim perintis di bawah inisiatif SG Lebih Sihat yang bertujuan melaksanakan usaha kesihatan yang disesuaikan khusus bagi penduduknya.
SG Lebih Sihat merupakan inisiatif nasional yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan melalui pencegahan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg