Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ye Kung akan beri kemas kini kesediaan S’pura hadapi mpox

SMRT akan beri kad ez-link kepada jururawat awam, swasta dan penjagaan masyarakat bagi hargai jasa
Aug 31, 2024 | 6:23 PM
Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif SMRT, Encik Ngien Hoon Ping; pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming; pengerusi MOHH, Cik Lai Wei Lin; Ketua Pegawai Eksekutif MOHH, Encik Anthony Tan dan Ketua Pegawai Kejururawatan, Cik Paulin Koh.
Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif SMRT, Encik Ngien Hoon Ping; pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming; pengerusi MOHH, Cik Lai Wei Lin; Ketua Pegawai Eksekutif MOHH, Encik Anthony Tan dan Ketua Pegawai Kejururawatan, Cik Paulin Koh. - Foto ST

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, akan mempengerusikan satu sidang media minggu depan untuk memberi kemas kini tentang kesediaan Singapura menghadapi wabak mpox.

Beliau mengumumkan ini semasa satu acara bagi menandakan kerjasama antara MOH Holdings (MOHH) dan SMRT Corporation untuk mengiktiraf karyawan penjagaan kesihatan.

Sejauh ini 13 kes mpox dilaporkan di Singapura pada 2024, menurut buletin mingguan Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai penyakit berjangkit yang diterbitkan pada 29 Ogos.

Sebanyak tujuh kes dilaporkan pada 2023.

Mpox, sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet, menyebabkan simtom serupa flu dan ruam yang akan berubah menjadi lepuh (lesions) yang dipenuhi cecair di tubuh badan.

Sub-varian baru mpox – Klad I – menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan global disebabkan keupayaannya merebak dengan mudah melalui hubungan rapat.

Menurut Encik Ong pada 17 Ogos, wabak mpox di Afrika dan negara lain membimbangkan, dan Singapura perlu bersedia menghadapi virus itu.

Beliau berkata risiko wabak ini merebak ke Asia dan Singapura dari Afrika agak rendah kerana tiada penerbangan menghubungkan Singapura dengan kawasan terjejas.

Namun, virus tersebut, yang telah merebak secara meluas di negara-negara Afrika, dijangka merebak ke Timur Tengah dan Eropah, dan Singapura mempunyai penerbangan yang menghubungkannya dengan negara-negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos mengisytiharkan situasi mpox sebagai “darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa”.

Darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa adalah tahap amaran tertinggi di bawah undang-undang kesihatan antarabangsa.

Wabak semasa di Republik Demokratik Congo (DRC) menyaksikan 27,000 kes dan lebih 1,100 kematian sejak Januari 2023.

Dalam tempoh sebulan lalu, lebih 100 kes sub-varian baru yang disahkan di makmal telah dilaporkan di empat negara jiran DRC yang sebelum ini belum pernah ada jangkitan mpox: Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda.

Semasa acara SMRT-MOHH itu, yang diadakan di stesen MRT Bayfront, pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming, mengumumkan inisiatif memberikan 46,000 kad ez-link kepada semua jururawat awam, swasta dan penjagaan masyarakat di Singapura sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.

Kad ez-link itu, yang menelan belanja lebih $700,000, akan diagihkan pada hujung 2024.

Menyentuh tentang kerjasama SMRT-MOHH itu, Encik Seah berkata kad ez-link bagi jururawat dibiayai SMRT melalui inisiatif Kaizen syarikat itu, yang telah menjimatkan lebih $100 juta dari segi produktiviti, kebolehpercayaan dan peningkatan keselamatan pada 2023.

SMRT memperkenalkan konsep ‘kaizen’ – iaitu terus memperbaiki diri – dari Jepun pada 2018.

Konsep tersebut diamalkan syarikat seperti Toyota, dan memperkasa kakitangan untuk memberi saranan berhubung perubahan kecil yang boleh memperbaiki keadaan kerja mereka, dan ini berhasil dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg