Ye Kung lawat BH
Sep 20, 2024 | 3:57 PM
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah mengadakan lawatan ke pejabat Berita Harian (BH) pada 20 September untuk meninjau usaha transformasi BH sejauh ini dan menyantuni kakitangan BH.
Kedatangan beliau disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar dan Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin.
Semasa lawatannya, Encik Nazry memberi taklimat dan menerangkan tentang usaha transformasi yang dijalankan selain memberikan perkembangan terkini mengenai bilik berita tersebut sejak 2023.
Kunjungan Encik Ong juga memberi peluang kepada kakitangan BH untuk berinteraksi dengannya dalam satu sesi dialog tertutup.
Laporan berkaitan
Ong Ye Kung: Hospital masyarakat perlu berkembang melangkaui jagaan taraf rendah Sep 14, 2024 | 1:37 PM
Ye Kung: Mpox mungkin lebih leceh dari ganggu kehidupan harianSep 9, 2024 | 7:19 PM

