Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ye Kung ke Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang atas lawatan kerja

Oct 24, 2024 | 12:24 PM
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kiri), sedang dalam lawatan kerja ke Xinjiang atas jemputan pemimpin wilayah itu, Encik Ma Xingrui.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kiri), sedang dalam lawatan kerja ke Xinjiang atas jemputan pemimpin wilayah itu, Encik Ma Xingrui. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, sedang dalam lawatan ke Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang di China atas jemputan pemimpin wilayah itu, Encik Ma Xingrui.

Dalam catatan Facebook pada 22 Oktober, Encik Ong berkata:

“Setiausaha Parti Ma dan saya bercakap panjang lebar mengenai pembangunan ekonomi, pendidikan dan isu kesihatan di Xinjiang, dan tentang mengukuhkan hubungan dengan Asia Tenggara dan perkongsian dengan Singapura.”

Encik Ong menambah bahawa beliau melawat tiga hospital di rantau itu – Hospital Rakyat Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang dan Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Xinjiang, serta Hospital Serantau Antarabangsa Xinjiang yang akan mula beroperasi pada 2025 dan memenuhi keperluan pesakit antarabangsa, termasuk mereka dari Asia Tengah.

Encik Ong juga melawat kawasan pemandangan Tianshan Tianchi serta Muzium Wilayah Xinjiang, lapor The Straits Times.

Beliau menyifatkan Encik Ma, yang merupakan ahli Jawatankuasa Pusat Biro Politik Parti Komunis China (CPC) dan setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur CPC, sebagai rakan lama.

Encik Ong dan Encik Ma pernah mempengerusikan bersama Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong semasa Encik Ma menjadi gabenor wilayah itu.

Dalam catatannya di Facebook, Encik Ong berkata:

“Saya telah ke China banyak kali, tetapi ini kali pertama saya ke Xinjiang, sebagai respons kepada jemputan terbuka daripada rakan lama...

“Ia adalah rantau yang menarik, pertukaran antara Asia dengan Eropah. Malah, negara-negara yang bersempadan dengan Xinjiang di Barat – Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan – berada di timur Eropah Timur dan dirujuk sebagai Asia Tengah.”

Beliau menambah bahawa wilayah itu adalah laluan bersejarah untuk perdagangan melalui darat, dan merupakan tempat tinggal bagi banyak kumpulan etnik – Cina, Hui, Kazakh, Tajik dan Uighur – yang hidup bersama dan bertutur bahasa-bahasa yang telah menggabungkan bahasa Cina purba, Parsi, Turki dan India.

Encik Ong berada di Xinjiang sejak 20 Oktober dan akan menamatkan lawatan kerjanya pada 25 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg