Topik diikuti
Pergi ke BHkuZaky Alwie Travel lawat Jordan fahami proses laksana korban
Zaky Alwie Travel lawat Jordan fahami proses laksana korban
Zaky Alwie Travel lawat Jordan fahami proses laksana korban
Sesetengah orang berniat melaksanakan ibadah korban untuk rakyat Palestin.
Tetapi bagaimana? Adakah di Palestin masih ada haiwan untuk disembelih?
Pada 2025, Encik Zaky Shaik Alwie mendapat jawapan bagi pertanyaan itu apabila beliau ke Jordan untuk memahami dengan lebih mendalam proses ibadah korban yang dagingnya disalurkan kepada rakyat Palestin.
Menurut Pengasas yang juga Pengarah Urusan, Zaky Alwie Travel & Services Pte Ltd itu, “ia satu pengalaman yang sangat membuka mata, bukan bagi saya sahaja, malah seluruh pasukan dari Singapura yang turut serta”.
Konsep melakukan ibadah korban bagi rakyat Palestin berbeza, ujar beliau.
“Penyembelihan dilakukan di Australia, yang keadaannya lebih stabil dan terkawal.
“Selepas itu, daging dihantar ke Jordan untuk diproses sebelum diagih kepada rakyat Palestiin,” kongsi Encik Zaky.
Semasa lawatan ke Jordan, peserta pasukan melihat sendiri keseluruhan proses – dari kilang pemprosesan ke kawasan memasak dan hingga ke bahagian pembungkusan.
Daging korban diproses menjadi hidangan sedia dimakan dalam bentuk retort pack, iaitu seakan konsep makanan dalam tin, supaya ia lebih tahan lama dan mudah diagih.
“Kami juga sempat melawat kem pelarian, tempat daging korban yang telah diproses itu diagih kepada mereka yang memerlukan.
“Melihat sendiri penerimaan mereka memberikan satu perasaan yang sangat menyentuh hati.
“Bagi sesetengah keluarga, itu antara makanan yang jarang mereka peroleh,” kata Encik Zaky.
Beliau dan pasukannya melawat Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk memahami bagaimana proses agihan itu diurus.
Melalui badan itu, daging korban yang telah diproses disalurkan secara terancang merentasi sempadan untuk sampai kepada rakyat Palestin.
“Pengalaman ini memberi kefahaman lebih mendalam kepada saya bahawa korban bukan sekadar ibadah penyembelihan, tetapi satu sistem bantuan yang memastikan manfaatnya sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, walaupun dalam keadaan mencabar,” katanya.
Melalui projek ‘Qurban Nusantara Global 2026’ oleh Zaky Alwie Travel, anda boleh melaksana korban di Palestin dan negara lain.
Harga kambing bermula daripada $99, dan lembu bermula daripada $80 bagi satu bahagian. Untuk keterangan lanjut, lungsuri https://bh.sg/zaqyalwie-korban
