Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zaqy galak pertanian bandar sebagai usaha bekalan makanan negara

Jun 18, 2025 | 6:34 PM
zaqy mohamad, metropolitan ymca, ladang, bandar
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, menekankan peranan penting inisiatif pertanian bandar dalam menyokong jaminan bekalan makanan negara selepas lawatan beliau ke ladang bandar Metropolitan YMCA di Stevens Road pada 17 Jun. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Inisiatif pertanian bandar memainkan peranan penting dalam menyokong jaminan adanya bekalan makanan negara, di samping memupuk kesedaran tentang kemampanan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, menekankan demikian semasa lawatan ke ladang bandar Metropolitan YMCA (MYMCA) di Stevens Road pada 17 Jun.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada gerakan nasional, Ayuh Hijau SG 2025, dan beliau turut menyertai kegiatan menanam sayur-sayuran seperti kangkung dan xiao bai cai.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 17 Jun, Encik Zaqy, berkata:

“Ladang bandar MYMCA merupakan satu inisiatif yang bermakna kerana ia menggabungkan usaha kemampanan dengan keterangkuman sosial melalui latihan kepada golongan kurang upaya bagi memperkukuh jaminan bekalan makanan negara.

“Saya berbesar hati dapat bertemu dengan beberapa peserta kurang upaya yang turut serta dalam lawatan ladang ini,” ujar beliau.

Inisiatif Ayuh Hijau SG 2025 melibatkan lebih 400 rakan kongsi dengan lebih 900 kegiatan dianjurkan sehingga 29 Jun.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding pada 2024 dan ia bertujuan menggalakkan tindakan iklim menerusi penglibatan masyarakat daripada pelbagai lapisan.

“Saya berasa gembira dengan sokongan padu daripada rakan kongsi sektor 3P (rakyat, swasta dan awam), yang merangkumi syarikat perniagaan, pertubuhan bukan pemerintah, kumpulan masyarakat, belia serta sekolah-sekolah,” kata beliau.

Dengan itu, Encik Zaqy turut menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura agar menyokong pertanian tempatan dengan memilih hasil tani keluaran Singapura.

Produk itu boleh dikenal pasti menerusi label ‘SG Fresh Produce’ berwarna merah yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg