Topik diikuti
Pergi ke BHkuZaqy kunjungi bilik berita BH
Zaqy kunjungi bilik berita BH
Pemangku Menteri yang Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, telah melawat bilik berita Berita Harian (BH) pada 14 Oktober.
Sebelum itu, beliau juga hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis penyampaian dermasiswa BH-AMP, yang julung kali diadakan di Auditorium SPH Media pada 9 Oktober.
Semasa lawatan kali ini, beliau mengadakan sesi perkongsian bersama kakitangan BH serta melawat sekitar bilik berita tersebut.
Sebelum ini, pejabat BH turut menerima kunjungan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.