Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Zaqy: Pertahanan Mutlak harus disesuaikan bagi hadapi cabaran, ancaman baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Pertahanan Mutlak harus disesuaikan bagi hadapi cabaran, ancaman baru

Apr 25, 2024 | 05:58 PM



Dengan persekitaran geopolitik yang masih tidak menentu, perpaduan Singapura boleh diuji oleh perkara yang tidak melibatkan negara secara langsung, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed.

Ancaman itu diburukkan lagi dengan sifat Internet yang tanpa sempadan, yang mana maklumat yang salah dari luar negara dapat memecahkan perpaduan sosial dan merangsang pendapat umum, tambah beliau.

Justeru, Encik Zaqy menyatakan bahawa Pertahanan Mutlak di Singapura tidak boleh menjadi konsep statik, sebaliknya ia harus disesuaikan dengan cabaran dan ancaman baru.

Encik Zaqy berkata demikian pada 25 April ketika berucap dalam Konvensyen Pertahanan Mutlak yang pertama kali diadakan. Konvensyen itu, anjuran Nexus dan Universiti Nasional Singapura (NUS), diadakan sempena ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak. 

Encik Zaqy berkata: “Digabungkan dengan sifat Internet yang tanpa sempadan, isu geopolitik berpotensi untuk menarik orang lain yang tidak terlibat secara langsung dalam konflik, sama ada ia berniat berbuat sedemikian atau tidak.”

Beliau memberi contoh bagaimana maklumat peperangan melibatkan konflik di Gaza dan antara Russia dengan Ukraine telah dieksploitasi untuk memecahkan perpaduan sosial dan merangsang pendapat umum.

“Jadi, contoh ini menekankan keperluan untuk menangani tidak hanya ancaman ketenteraan, tetapi juga kempen strategik yang mengandungi maklumat salah. Jika kempen atau konflik yang jauh secara geografi boleh membangkitkan emosi dan pendapat yang begitu kuat di kalangan rakyat Singapura, apatah lagi jika ada yang lebih dekat dengan tanah air?” ujar Encik Zaqy. 

Dengan itu, Encik Zaqy menekankan bahawa Pertahanan Mutlak tidak boleh menjadi konsep statik. Sebaliknya, ia mesti menyesuaikan diri dengan cabaran dan ancaman baru.

“Pertahanan Mutlak bukan hanya mengenai tindak balas krisis. Ia adalah tentang membina daya tahan dan kesediaan secara konsisten.

“Oleh itu, strategi kami untuk kesediaan mestilah berkembang seiring, supaya Singapura bersedia untuk bertindak balas,” katanya. 

Pada 2019, Pertahanan Digital diperkenalkan sebagai tonggak keenam Pertahanan Mutlak untuk melindungi diri daripada ancaman dalam ruang digital.

Latihan Pertahanan Mutlak, yang dinamakan Latihan SG Ready, juga telah dijalankan pada Februari. Ia melibatkan simulasi pelbagai gangguan seperti bekalan makanan dan air, di seluruh negara dan disertai lebih 800 pertubuhan.


Encik Zaqy menambah bahawa usaha bersama warga Singapura dapat menyumbang kepada kejayaan Pertahanan Mutlak di Singapura.

“Sejak 40 tahun yang lalu, Pertahanan Mutlak telah menjadi strategi kita untuk mengatasi ancaman yang kita hadapi sebagai sebuah negara. Walaupun Pertahanan Mutlak telah berkembang, kejayaannya hanya boleh dicapai dengan setiap warga Singapura memainkan peranan mereka,” ujarnya lagi.

Dengan tema Membina Ketahanan Masyarakat dan Kesediaan dalam Krisis dan Gangguan, konvensyen itu, yang berlangsung di Rumah Alumni Yayasan Shaw, bertujuan memperkukuhkan perkongsian dalam masyarakat Pertahanan Mutlak.


Ia menampilkan barisan penceramah tempatan dan antarabangsa dari negara termasuk Sweden, New Zealand dan Jerman, serta sosial dan pertubuhan dermawan, perniagaan, serta agensi awam.

Lebih 250 rakan kongsi utama dan pengamal dari pelbagai sektor, termasuk agensi awam, pertubuhan bukan pemerintah, komuniti akar umbi dan perniagaan mengambil bahagian dalam konvensyen itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >