Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zaqy: Usaha pelihara keharmonian sosial perlu libat belia

PM Wong sertai lebih 7,000 penduduk berbilang kaum, agama dalam majlis buka puasa di Marsiling
Mar 16, 2025 | 9:05 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kiri) bergambar bersama (dari kanan) Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, penasihat kepada pertubuhan akar umbi (GRO) Woodgrove, Cik Hany Soh; penasihat kedua kepada GRO Limbang, Encik Ong Teng Koon dan penasihat kepada pertubuhan akar umbi Yew Tee, Encik Alex Yam di majlis Iftar Utara di Taman Sukan Mega Marsiling pada 16 Mac. Bersama mereka ialah pemimpin akar umbi, Encik Azriman Mansor.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kiri) bergambar bersama (dari kanan) Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, penasihat kepada pertubuhan akar umbi (GRO) Woodgrove, Cik Hany Soh; penasihat kedua kepada GRO Limbang, Encik Ong Teng Koon dan penasihat kepada pertubuhan akar umbi Yew Tee, Encik Alex Yam di majlis Iftar Utara di Taman Sukan Mega Marsiling pada 16 Mac. Bersama mereka ialah pemimpin akar umbi, Encik Azriman Mansor. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Adalah penting melibatkan golongan belia dalam usaha memelihara keharmonian sosial dan pemahaman silang agama, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Dalam dunia yang semakin dipengaruhi naratif berbeza, perpecahan dan media sosial, beliau menegaskan pentingnya untuk terus memupuk kepercayaan serta menggalak pemahaman antara kaum dan agama, terutama dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata: “Keamanan dan keharmonian kaum yang kita nikmati hari ini adalah hasil usaha pemimpin terdahulu, dan kita tidak boleh menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah terjamin.”

“Kita mesti terus melibatkan golongan muda, terutama mereka yang ingin mendapatkan pencerahan dan memahami isu-isu sensitif. Ini adalah salah satu cara untuk kita bina generasi akan datang yang lebih bersatu padu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa bercakap kepada wartawan yang menghadiri majlis Iftar Utara yang diadakan di Taman Sukan Mega Marsiling, bersebelahan Masjid An-Nur pada 16 Mac.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga AP GRC Marsiling-Yew Tee, turut hadir, menyertai lebih 7,000 tetamu pelbagai kaum dan agama yang menghadiri majlis berbuka puasa itu.

Sekitar 7,000 individu dari pelbagai kaum dan agama menghadiri acara Iftar Utara yang diadakan di Taman Sukan Mega Marsiling pada 16 Mac. Acara tahunan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) dan Masjid An-Nur. Ia antara majlis berbuka puasa beramai-ramai terbesar di Singapura.
Sekitar 7,000 individu dari pelbagai kaum dan agama menghadiri acara Iftar Utara yang diadakan di Taman Sukan Mega Marsiling pada 16 Mac. Acara tahunan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) dan Masjid An-Nur. Ia antara majlis berbuka puasa beramai-ramai terbesar di Singapura. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Ini adalah kali ketujuh majlis berbuka puasa beramai-ramai yang dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) dan Masjid An-Nur.

Buat julung-julung kali, satu dialog silang agama untuk golongan belia turut diadakan.

Dialog tersebut dianjurkan oleh pemimpin belia @ Harmony Circle dan disokong Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), bertujuan mengukuhkan semangat keharmonian, keterangkuman, dan perpaduan sosial, menurut Pejabat Kawasan Marsiling dalam kenyataan pada 16 Mac.

Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid turut diundang untuk berkongsi pandangan mengenai usaha membina kepercayaan, rasa saling menghormati dan perpaduan antara penganut pelbagai agama.

Menurut Encik Zaqy acara berbuka puasa dan dialog itu adalah antara contoh usaha berterusan dalam masyarakat untuk memupuk persefahaman antara kaum.

Beliau berkata keharmonian masyarakat berbilang budaya dan agama di Singapura tidak berlaku secara kebetulan, namun merupakan usaha berterusan pemimpin bersama seluruh masyarakat.

Encik Zaqy berkata: “Kita telah berkembang sebagai sebuah negara yang teguh, meskipun dunia menghadapi pelbagai cabaran dan ketegangan serantau.

“Ia adalah hasil daripada perancangan bijak para pemimpin pengasas kita, yang memahami bahawa keharmonian antara masyarakat pelbagai budaya dan agama adalah asas kepada kejayaan negara kita,” tambahnya. 

Beliau turut tekankan lagi peri penting warga Singapura melaksanakan “tanggungjawab bersama untuk terus memelihara keharmonian daripada ancaman yang mampu memecahbelahkan”.

Antara ancaman, menurut beliau, ialah penyebaran maklumat yang salah dan ideologi radikal yang semakin berleluasa dalam dunia yang semakin berhubung.

“Apabila kita melihat pergolakan yang berlaku di pelbagai tempat di dunia, kita diingatkan bahawa keamanan tidak boleh diambil ringan,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg