Topik diikuti
Pergi ke BHkuZeya Services utama niat, kemampuan pelanggan laksana korban di Sudan dan Uganda
Zeya Services utama niat, kemampuan pelanggan laksana korban di Sudan dan Uganda
Zeya Services utama niat, kemampuan pelanggan laksana korban di Sudan dan Uganda
Walaupun perniagaan utamanya merupakan import eksport madu, syarikat tempatan Zeya Services Pte Ltd, turut menawarkan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha dalam masa sebulan lagi.
Khidmat menempah kambing atau lembu bagi ibadah korban rancak diuar-uarkan di media cetak, digital atau wadah media sosial.
Pelbagai pertubuhan, syarikat dan sebahagian masjid di Singapura, turut menawarkan khidmat itu dengan pakej dan pelbagai harga tawaran.
Menjelaskan hal itu ketika dihubungi, Pengarah Operasi, Zeya Services, Encik Abdul Aziz Moideen, berkata:
“Kami ingin lihat lebih ramai anggota masyarakat Islam kita berupaya melakukan ibadah korban.
“Justeru, kami pastikan harga yang kami tawarkan adalah yang paling rendah di Singapura.
“Harga rendah ini kami perolehi disebabkan kami telah membeli ternakan korban lebih awal, sebelum munculnya bulan Zulhijah.
“Ini juga cara kami mengelakkan kenaikan harga secara mendadak.”
Encik Abdul Aziz menjelaskan, pihaknya lebih mengutamakan pelaksanakan ibadah korban di Sudan dan Uganda.
Harga yang ditawarkan bagi seekor kambing atau lembu korban di kedua-dua negara itu berpatutan dan dimampui.
“Tidak kira di mana sekalipun ibadah korban ini dilaksanakan, yang utama, niat dan ibadah tersebut hanyalah kerana Allah,” jelasnya.
Menurutnya, matlamat utama Zeya Services dalam menawarkan perkhidmatan korban adalah bagi memastikan harga kekal rendah supaya tidak membebankan pelanggan.
“Harga kambing korban di Uganda sekitar $90, manakala lembu $500. Di Sudan pula, harga kambing korban $128 dan lembu $530.
“Dengan harga serendah ini, golongan kurang berkemampuan yang berniat melakukan ibadah korban ini turut melaksanakannya,” jelas Encik Abdul Aziz, yang berpengalaman lebih lima tahun dalam khidmat korban.
Zeya Services juga melakukan kerja amal di luar negara.
“Kami jalankan program pengagihan makanan untuk anak yatim, balu dan warga emas yang rentan di Sudan.
“Sumbangan $200 cukup memberi makan nasi dan daging untuk 50 orang,” tambahnya.
SEKILAS
Untuk janji temu bagi tempahan ibadah korban atau maklumat lanjut:
* Hubungi talian, atau WhatsApp, ke 8334-8341.
* E-mel kepada: admin@zeyasg.com.
