Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim telah bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty pada 14 September dalam lawatan kerja dua harinya ke negara Timur Tengah itu.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Kementerian Luar Mesir serta ekspatriat dari negara itu dalam kunjungan pengenalan pertamanya ke Kahirah, Mesir sejak dilantik sebagai Menteri Negara (Ehwal Luar) pada Januari.

“Tahun ini merupakan tahun yang istimewa memandangkan kita meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik,” kata Encik Zhulkarnain dalam catatan Facebook pada 14 September.

“Saya berharap agar terdapat lebih banyak pertukaran serta peluang kerjasama yang lebih luas pada tahun yang signifikan ini dan pada masa hadapan.”

Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (kanan) bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty pada 14 September dalam lawatan kerja dua harinya ke negara Timur Tengah itu.
Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (kanan) bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty pada 14 September dalam lawatan kerja dua harinya ke negara Timur Tengah itu. - Foto MFA

Mengulas tentang pertemuan itu, Encik Zhulkarnain berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang baik mengenai hala tuju positif hubungan dua hala kedua-dua negara susulan Lawatan Negara Presiden Tharman Shanmugaratnam pada September 2025.

Lawatan Tuan Presiden pada September 2025 menyaksikan pemeteraian tujuh perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk jagaan kesihatan, jaminan bekalan makanan dan perkhidmatan sosial.

Dalam kunjungan beliau kali ini pula, Encik Zhulkarnain berkata beliau telah berbincang dengan pihak Mesir tentang cara untuk bekerjasama dalam isu-isu yang menjadi kepentingan bersama bagi Singapura, Mesir dan rantau masing-masing.

Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (kiri) bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty pada 14 September dalam lawatan kerja dua harinya ke negara Timur Tengah itu.
Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (kiri) bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty pada 14 September dalam lawatan kerja dua harinya ke negara Timur Tengah itu. - Foto MFA

Mesir merupakan negara Arab pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Singapura pada 1965.

Pelaburan langsung Singapura di Mesir kini dianggarkan bernilai kira-kira $530 juta, dengan Mesir merupakan rakan dagang kelapan terbesar Singapura di Afrika.

Encik Zhulkarnain, yang sedang melakukan lawatan kerja ke Kahirah, Mesir dari 14 hingga 15 September, turut ditemani pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti