Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zoul’s Corner agih nasi ayam penyet percuma dalam inisiatif amal

Dec 12, 2024 | 5:21 PM
Pengasas Zoul’s Corner, Encik Azhar Mohd Salleh, mengagihkan bungkusan nasi ayam penyet percuma semasa acara pembukaan rasmi cawangannya yang keenam di Blk 204 Bedok North Street 1 pada 21 Oktober.
Pengasas Zoul’s Corner, Encik Azhar Mohd Salleh, mengagihkan bungkusan nasi ayam penyet percuma semasa acara pembukaan rasmi cawangannya yang keenam di Blk 204 Bedok North Street 1 pada 21 Oktober. - Foto ZOUL’S CORNER

Gerai makan Zoul’s Corner akan mengagihkan 100 paket nasi ayam penyet percuma pada hari Jumaat terakhir setiap dua bulan, dengan pengagihan seterusnya pada Januari 2025.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program ‘Sharing is Caring’ yang dilancarkan oleh Zoul’s Corner untuk menyokong masyarakat yang memerlukan.

Setiap bungkus nasi ayam penyet yang diagihkan secara percuma bernilai $5 dan mengandungi nasi, peha ayam, tempeh, tauhu, dan sambal istimewa.

Pengasas Zoul’s Corner, Encik Azhar Mohd Salleh, berkata program ini bertujuan untuk menyebarkan sifat kebaikan menerusi setiap bungkus nasi.

Bekas penjaja dengan pengalaman hampir 40 tahun itu juga menekankan kepentingan ketelusan dengan memastikan kemajuan program ini dikongsi secara aktif di media sosial, sekali gus menggalakkan penglibatan masyarakat.

Zoul’s Corner dikenali dengan sambal istimewanya, resipi keluarga yang diwarisi daripada ibu Encik Azhar.

Pada 21 Oktober, Zoul’s Corner juga telah meraikan acara perasmian cawangannya yang keenam, terletak di Blok 204, Bedok North Street 1.

Lebih 640 bungkus nasi ayam penyet telah diagihkan semasa sambutan cawangan baru itu.

Lebih 640 bungkus nasi ayam penyet itu telah diagihkan semasa pembukaan cawangan keenamnya di Blok 204 Bedok North Street 1 pada 21 Oktober.
Lebih 640 bungkus nasi ayam penyet itu telah diagihkan semasa pembukaan cawangan keenamnya di Blok 204 Bedok North Street 1 pada 21 Oktober. - Foto ZOUL’S CORNER

Encik Azhar menekankan kepentingan budaya hidangan ayam penyet dalam warisan masakan Singapura.

“Ayam penyet adalah hidangan yang tidak akan lapuk ditelan zaman. Ia klasik, menyelerakan, dan memegang tempat istimewa dalam warisan kulinari kita,” katanya.

Meskipun berdepan cabaran seperti kenaikan kos bahan mentah dan inflasi, Zoul’s Corner tetap mencuba untuk mengekalkan harga makanan yang mampu dinikmati semua.

“Keadaan sekarang sukar bagi ramai orang, dan saya mahu makanan kami kekal mampu dinikmati semua,” ujar Encik Azhar.

Beliau turut berkongsi bahawa budaya penjaja Singapura merupakan jiwa makanan negara ini dan perlu terus diperjuangkan.

Antara lain, Zoul’s Corner juga telah menerima pengiktirafan ‘Singapore Top Heritage Cuisine Award’ pada 2021 oleh Persekutuan Perniagaan Antarabangsa.

Kejayaan jenama ini disebabkan dedikasi terhadap resipi asli dan nilai tradisional.

Encik Azhar percaya bahawa ayam penyet lebih daripada sekadar hidangan.

“Ia merupakan satu kaitan dengan budaya kita dan rakyat kita. Selagi ada orang yang gemarkan makanan asli, Zoul’s Corner akan berada di sini untuk menghidangkan dengan semangat, tradisi, dan, sudah tentu, sambalnya,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg