Cinta berputik di gerai makan, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

DI BALIK GERAI

Cinta berputik di gerai makan

Pemilik di Pusat Makanan Golden Mile sedia hidangan nasi lemak berlauk sotong sumbat, ketam, udang galah, telur asin dan ikan penyet
Oct 29, 2018 | 05:30 AM

PEPATAH dari mata turun ke hati memang sesuai dikaitkan dengan pasangan suami isteri, Encik Mohd Jasman Osman, 54 tahun, dan Cik Norafiah Jafridin, 36 tahun.

Apakan tidak! Daripada pandangan pertama bertemu di gerai Encik Mohd Jasman yang terletak di lantai besmen, Pusat Makanan Golden Mile di Beach Road sekitar 14 tahun lalu, berputik cinta antara mereka yang kemudian membawa ke jenjang pelamin.

Ternyata jarak usia sejauh 18 tahun bukan penghalang bagi kededua mereka mendirikan rumah tangga.

Ini perkahwinan kedua Encik Jasman selepas bercerai daripada isteri pertamanya yang merupakan seorang warga asing dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya itu.

"Ada orang lama kata kalau dah jodoh tidak ke mana. Masa itu saya baru berusia 22 tahun dan masih solo lagi.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Di gerai inilah kami mula bercinta, kemudian kami berdating di gerai ini, dan dalam tempoh enam bulan sahaja kami terus berkahwin.

"Sebabnya suami saya sejak dulu sibuk di gerai sahaja dan tidak pernah tutup kedai kerana cuti sakit, melainkan gerai ditutup untuk dicuci atau sempena Hari Raya," kata Cik Norafiah yang kemudian dikurniakan tiga anak.

Gerai yang diberi nama Adimannbeachrd Nasi Lemak and Chicken Rice Hipster itu kini menjual sajian seperti nasi lemak sotong sumbat ($8); nasi lemak udang ($9); nasi lemak ketam ($18); nasi lemak udang galah ($15/$24); nasi lemak salmon ($9); nasi ayam telur asin ($5); nasi ikan penyet ($8); dan nasi ayam sambal paprik ($5).

Mereka turut menyediakan horfun dan mi Hongkong - hasil menu Cik Norafiah yang mempunyai darah keturunan Cina.

Pada masa ini, pusat makanan itu dilanggani ramai penduduk dan pekerja di pejabat berdekatan pada waktu tengah hari dan waktu makan malam.

Menceritakan kisah lamanya, Encik Jasman berkata sejak muda beliau terpaksa bekerja keras demi menampung kos yuran dan perbelanjaan salah seorang adiknya yang ketika itu menuntut di luar negara.

"Sebab itulah saya terus bekerja, meskipun demam sedikit pun saya tetap bekerja. Tak pernah MC.

"Syukur sejauh ini tiada sakit teruk yang dialami," jelasnya yang mengakui usia yang meningkat menimbulkan cabaran tenaga buatnya.

Gerai tersebut yang dibuka setiap hari antara 10 pagi hingga 10 malam, sebelum ini pernah menjual beberapa sajian lain sebelum akhirnya ditukar kepada menu tersebut.

"Kalau sekadar kekal dengan menu lama, pasti sukar untuk berniaga dalam sekitaran hari ini.

"Para pelanggan kini gemarkan genre fusion, jadi kami cuba penuhi selera dan cita rasa sedemikian," kata Encik Jasman.

Encik Jasman berkata masih terdapat pandangan bahawa pusat makanan itu hanya popular dengan sajian tulang sahaja.

Justeru beliau sendiri mengambil langkah memperkenalkan pelbagai sajian selain menyediakan senarai menu untuk pelanggan.

Memandangkan pusat makanan itu sudah agak 'tua' usianya, beliau tidak menolak kemungkinan meninjau kawasan lain untuk perniagaannya itu.

"Saya lihat jumlah pelanggan kekal sama sahaja.

"Justeru saya perlu terus tinjau kawasan lain yang lebih baru.

"Tapi buat masa ini, biarlah kami teruskan sahaja perniagaan di gerai ini yang banyak meninggalkan kenangan manis buat kami berdua," tambah Encik Jasman yang menetap di Ang Mo Kio Avenue 10.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map