Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Perkembangan pasaran halal dorong usahawan buka restoran sajian China

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perkembangan pasaran halal dorong usahawan buka restoran sajian China

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



Pasaran halal yang pesat berkembang di Singapura dijangka terus tumbuh dengan kukuh. Ini sejajar dengan permintaan yang meningkat bagi makanan dan produk halal. Perangkaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menunjukkan terdapat kenaikan sebanyak 72 peratus dalam jumlah premis bersijil halal dari 2013 hingga 2017. Angka ini dijangka meningkat dengan kemasukan nama besar perniagaan makanan seperti Subway dan peniaga yang bukan Muslim ke pasaran halal tahun lalu. Ini termasuk sajian asal China. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) meninjau trend sajian halal di Singapura.



SAJIAN dari China kini menerima perhatian penduduk setempat.



Akhbar ini pernah melaporkan tentang sajian yang disediakan di gerai Da Hai Shan.



Terletak di Pusat Penjaja Berseh di Jalan Besar, gerai tersebut menyajikan sajian tradisional Cina.



Antaranya ialah 'har cheong gai' (ayam bersalut campuran belacan lalu digoreng); 'ngau lam min' (mi dengan hirisan daging); bubur Teochew bersama lauk-pauk tradisional seperti itik atau ikan dimasak pada suhu tinggi sebelum ditutup dan kemudian dimasak pada suhu rendah; dan 'century egg'.



Ada juga sup ayam herba yang menjadi kegemaran masyarakat Cina. Sajian sebegitu memang sukar didapatkan dalam 'versi' halal.



Sajian ala Sichuan di restoran Le Fuse pula pasti menarik minat ramai peminat makanan China.



Di restoran Le Fuse, selain menawarkan sajian asli Sichuan, terdapat hidangan gabungan seperti ikan pari bakar menggunakan sos Sichuan dan soto Sichuan.



Mereka pun ada melakukan penyesuaian kepada menu supaya lebih menepati cita rasa pelanggan Melayu, contohnya menawarkan hidangan itik bersama nasi dan acar.



Dalam pada itu, sekumpulan warga China Muslim telah membuka restoran Jin Shang Yi Pin Buffet Hot Pot di Pusat Beli-Belah Eastpoint, Simei Street 6. Restoran tersebut dilanggani masyarakat Muslim setempat.



Difahamkan bahawa restoran itu juga bakal membuka cawangan di Geylang Serai tidak lama lagi.



Pemiliknya ialah Cik Aisha Tan Xiu Zhi dan suami Encik Habibullah Han Tao serta dua rakan Encik Ismail Zhou Fu Xiang dan Encik Ibrahim Zhou Fu Zhong.



Semua datang dari Xining, ibu kota wilayah Qinghai, China Tengah, dekat Dataran Tinggi Tibet.



Restoran yang mampu menempatkan hingga 84 pelanggan pada satu-satu masa itu menawarkan lebih 60 jenis sajian makanan laut, daging, sayur dan pencuci mulut secara bufet.



Pelanggan boleh memasak makanan mentah pada tempat memanggang dan periuk panas.



Mereka menawarkan lima jenis sup untuk memasak bahan yang dipilih sendiri.



Sup mereka mendapat perhatian ramai memandangkan resipinya merupakan warisan masyarakat Qinghai, yakni menggunakan banyak bahan serta rempah dan herba nan harum.



Misalnya, mereka menawarkan sup 'mala' (pedas); sayur (masam dan pedas); ayam herba; cendawan; dan tomato.



Cik Aisha juga mempunyai satu lagi restoran hidangan China di Sam Leong Road, iaitu Yizun Beef Noodle, yang menyediakan mi sup daging.



Semasa dihubungi, pemilik syarikat Aisar Aqid Consultancy & Services, Cik Herni Fadlina Suleiman, berkata beliau kini mengendalikan pemprosesan pensijilan halal bagi beberapa gerai yang menjual sajian China dan Taiwan.



"Sejak kebelakangan ini, sajian 'mala' terus dapat perhatian. Daripada maklum balas yang diterima, selepas menerima pensijilan halal, penjualan terus meningkat," katanya.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Konsultan Utama HalalHub Consultants, Ustaz Azmi Abdul Samad, berkata beliau ada menerima permintaan bagi khidmat mendapatkan pensijilan halal daripada pemilik asal China.



Kebanyakan memilih membuka gerai di pusat penjaja.



"Kadangkala yang sukarnya ialah kami menghadapi masalah komunikasi, justeru agak sukar menerangkan kepada mereka tentang kriteria pensijilan halal," katanya.



Seorang lagi perunding cara pensijilan halal, Encik Shahlan Hairalah, berkata beliau pun pernah menerima pertanyaan daripada warga Xi'an tentang peluang menyediakan sajian halal di sini.



"Cita rasa penduduk Singapura cukup luas. Ini disebabkan banyak sajian luar negara yang tersedia di sini, termasuk dari China," ujar CEO Sahl International itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >