Bahan-bahan
500 gram ikan dengkis
Daun pisang, dipotong-potong 20 cm x 20 cm dan dilayur
Limau kesturi
Bahan sambal
15 ulas bawang kecil, dikupas dan dihiris
5 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
1 cm x 1 cm halia, dikupas
2 batang serai, dihiris pangkalnya hingga 6 cm panjang
30 tangkai cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut dan dituskan
1 sudu besar belacan yang dihancurkan
125 ml air
3 sudu besar minyak masak
200 gram kelapa parut, dikisar dengan 65 ml air dan diperah 65 ml santannya
1 sudu teh asam jawa, diramas dengan 65 ml air dan diperah airnya
Gula dan garam secukup rasa
½ helai daun kunyit sederhana besar, dihiris halus-halus
Cara menyediakan ikan
1. Buang sisik, sirip, ekor, insang dan isi perut ikan. Cuci sehingga bersih dengan air bergaram. Tuskan.
2. Buat dua kelaran di setiap belah badan ikan dan bubuh di dalam bekas bertutup.
3. Simpan ikan di dalam peti sejuk sementara menyediakan sambalnya.
Cara menyediakan sambal
1. Masukkan bawang kecil, bawang putih, halia, serai, cili kering, belacan dan air ke dalam jag pengisar dan kisar sehingga halus. Tuang rempah kisar ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali di atas api sederhana. Tumis rempah kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira lapan minit).
3. Masukkan santan dan air asam. Kacau biar rata dan masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam dan renihkan selama lima minit.
4. Tambah daun kunyit, kacau rata-rata dan padamkan api.
Cara memanggang ikan
1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah Celsius.
2. Bubuh 1 sudu besar sambal di atas sekeping daun pisang diikuti dengan sekor ikan dan 1 sudu besar lagi sambal. Bungkus kemas-kemas dan atur di dalam dulang pembakar.
3. Bakar di dalam ketuhar selama 25 minit dan hidang panas-panas bersama limau kesturi.
Nota: Hidangan ini lebih enak rasanya jika dibakar menggunakan bara api.
Encik Saleh mengais kepah,
Boleh bakar dengkis masa berkelah