Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nak resipi? Imbas kod QR ikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Nak resipi? Imbas kod QR ikan

Nov 29, 2013 | 04:07 PM



KAUM wanita kerap menghadapi masalah membeli bahan masakan seperti ikan di pasar atau pasar raya tanpa memikirkan dahulu jenis masakan yang boleh menggunakan ikan yang dibeli.


Jika anda kerap menghadapi masalah seperti ini, jangan bimbang, pasar raya NTUC dapat menyelesaikan masalah anda.


Setiap ikan yang anda beli dari kaunter The Fish Farmer, di semua pasar raya terkemuka NTUC seperti FairPrice Finest dan FairPrice Xtra, dilekatkan dengan kod QR. Anda hanya perlu mengimbas kod ini menggunakan telefon bijak seperti Android, iPhone dan sebagainya yang mempunyai aplikasi QR Code Reader. Aplikasi ini boleh dimuat naik percuma dari App Store.


Setelah kod QR ini diimbas, anda akan diarahkan melungsuri laman web NTUC http://www.whatsupatfairprice.com.sg/ untuk mendapatkan resipi menggunakan ikan yang anda pilih. Ini memudahkan dan sekali gus memberi idea masakan kepada anda. Buat masa ini hanya beberapa jenis ikan sahaja yang dilekatkan dengan kod QR seperti ikan belanak kelabu (grey mullet), ikan susu (milk fish), ikan tilapia hitam (black tilapia) dan beberapa jenis ikan siakap.


Walaupun kebanyakan resipi yang disediakan merupakan resipi masakan Cina dan Barat, anda boleh mengubahsuaikan untuk memenuhi cita rasa anda dengan menukarkan beberapa bahan yang anda rasa tidak sesuai digunakan.


Metropolitan Fishery Group (MFG) pemilik jenama The Fish Farmer sedang berusaha mendapatkan resipi masakan Melayu dan India untuk memenuhi cita rasa lebih ramai pelanggan.


Disertakan di sini salah satu resipi yang terdapat dalam laman web NTUC.


IKAN TILAPIA KUKUS DENGAN TAUCU


600 gram ikan tilapia jenis hitam dibersihkan


10 gram halia dihiris


15 gram daun bawang dihiris


5 gram cili merah dihiris


Sedikit daun ketumbar


Bahan Rempah:


10 ml minyak masak


15 ml sos soya


10 gram taucu


2 sudu teh gula


Cara:


1. Kelar ikan yang telah dibersihkan di beberapa bahagian.


2. Tumbuk taucu kasar-kasar kemudian satukan separuh bahagian dengan sedikit daun bawang dan halia. Letakkan ikan atas campuran taucu.


3. Tabur sedikit gula atas ikan kemudian sirah sos soya dan minyak masak. Bubuh baki taucu, cili merah, baki daun bawang dan halia.


4. Kukus ikan dengan api galak selama 17 minit.


5. Apabila menghidangkan, tabur sedikit daun ketumbar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >