Sajian asli Jepun halal penuhi cita rasa penggemar, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

DI BALIK GERAI

Sajian asli Jepun halal penuhi cita rasa penggemar

Mantan cef restoran dan kapal pelesiran buka gerai makan di Toa Payoh
Oct 15, 2018 | 05:30 AM

KALI pertama Encik Ramli Ibrahim membuka sebuah gerai yang menjual sajian Jepun, bukan pujian sahaja yang diperolehinya, malah terdapat juga cemuhan yang dilempar kepadanya.

Anehnya, bukan kerana rasa masakannya, tapi hanya kerana beliau bukan keturunan Jepun tapi cuba menyediakan sajian negara matahari terbit itu.

"Mula-mula gerai dibuka, ramai kenalan dan penduduk berdekatan yang datang berjumpa saya dan memuji masakan saya.

"Ada juga yang datang ke mari semata-mata memberi pandangan negatif.

"Contohnya, mereka kata saya bukan asal Jepun, tapi sediakan sajian Jepun, dan ragu akan keupayaan saya.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Memang pelik juga saya dengar beberapa pandangan sedemikian yang dilempar pada saya.

"Tapi saya anggap orang sebegitu mungkin kurang "merantau" atau kurang mencuba sajian di luar zon keselesaannya.

"Lebih aneh lagi, yang melemparkan pandangan sedemikian masih terus membeli hidangan yang disediakan di gerai saya ini," katanya lagi sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Encik Ramli, 55 tahun, telah membuka gerai Oiishii Corner yang menyediakan sajian asli halal Jepun sejak sekitar setahun lalu.

Terletak di pusat penjaja di Blok 22, Toa Payoh Lorong 7, gerai tersebut menyediakan sekitar 20 jenis sajian Jepun yang dipelajarinya semasa menjadi cef di restoran dan kapal pelesiran selama beberapa tahun.

Encik Ramli telah menjadi tukang masak sejak 1984 dan hanya tiga tahun lalu beliau tinggalkan pekerjaannya itu, semata-mata untuk berniaga secara kecil-kecilan - membuat kuih-muih yang ditempah pekedai atau kenalan.

Pada masa yang sama, beliau turut meninjau gerai-gerai berdekatan rumahnya di kawasan Toa Payoh.

Nasibnya baik.

Sekitar beberapa bulan bidaannya untuk gerai yang diinginkan gagal, beliau terima berita dan tawaran untuk berniaga di gerai tersebut.

Ini selepas pegerai sebelum ini menutup perniagaan selepas hanya tiga bulan berniaga.

"Tidak begitu pasti mengapa ia ditutup, tapi saya pun rebut peluang ini untuk menjual sajian Jepun yang biasanya dijual di restoran.

"Kali ini dengan harga yang lebih berpatutan mengikut harga sajian di pusat penjaja," tambahnya yang melabur sehingga $20,000 untuk membuka gerai pertamanya itu.

Bapa empat anak yang dibantu isterinya, Cik Ning Asih, 38 tahun, menjual sajian seperti Su Ramen ($4); Chicken Katsu Curry Ramen ($5); Inari Ramen ($5); Salmon Teri Don ($5.50); Oiishii Beef Don ($5.50) ; dan Tiriyaki Chicken Ramen ($6).

Terdapat juga beberapa sajian yang mempunyai cita rasa masyarakat Melayu seperti Oiishii Chicken Rendang ($5) dan Oiishii Beef Don ($5.50) yang menggunakan pes sambal yang dicampur dengan pes Jepun.

Difahamkan, gerai yang dibuka antara 11 pagi dengan 7.30 malam itu (ditutup setiap Jumaat) paling ramai dilanggani pada waktu makan tengah hari dan selepas waktu pejabat.

Selain penduduk setempat, pelanggan juga terdiri daripada pekerja di bangunan pejabat berdekatan, termasuk golongan ekspatriat.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map